“Dah Macam Kedai Tomyam!” Netizen Kritik Dekorasi Prasekolah Boleh Rosak Mata Anak-Anak
Memiliki ruangan yang baik dan selesa menjadi salah satu faktor membangkitkan ‘mood’ para pelajar supaya lebih bersemangat belajar.
Perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Nawal N Nordin tentang dekorasi para guru di sebuah sekolah di Perlis mendapat kritikan netizen.
Menurut ‘perbincangan’ netizen di laman Twitter, mereka kurang bersetuju dengan dekorasi ala kafe seperti dilakukan guru-guru sekolah terbabit.
“Maaf, tak setuju. Anak-anak kecil ni janganlah kita jahanamkan mata dan kesihatan mereka,” ciap @arcx13
Maaf, tak setuju. Anak-anak kecil ni janganlah kita jahanamkan mata dan kesihatan mereka. pic.twitter.com/9ky9jdtisl
— ڤݢاواي ڤسيكولوݢي (@arcx13) March 9, 2022
Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan dekorasi begitu dan mendakwa pencahayaan seperti itu boleh merosakkan mata anak-anak kecil.
“Sokong. Too much light. Boleh silau, rosakkan mata. Even dekat satu negara diorang banned Pokemon sebab animasinya banyak flashlight,” komen @daneen_nizar
Betul juga apa yang dipertikai netizen. Warna warni lampu seperti itu boleh merosakkan mata dan membuatkan anak-anak kurang fokus. Tapi effort guru-guru hias kelas memang A+, bukan senang nak buat!