Netizen Kutuk Pelanggan ‘Aniaya’ Penghantar Makanan – Manis Madu
Netizen Kutuk Pelanggan ‘Aniaya’ Penghantar Makanan

Netizen Kutuk Pelanggan ‘Aniaya’ Penghantar Makanan

Tindakan seorang pelanggan menipu penghantar makanan mendapat kecaman orang ramai. Kejadian tersebut dikongsi seorang pengguna TikTok @sokcantikkau sebelum hantaran itu menjadi tular.

Menerusi hantaran itu difahamkan penghantar makanan tersebut ditipu oleh seorang pelanggan sehingga menyebabkan dia kerugian lebih RM100 ringgit.

 

“Kesian abang ni, cari pelanggan bernama Nadia, dia pesan makanan sehingga RM100 lebih. Dia dah ambil makanan lepas itu lari tak bayar, dari pukul 3 petang sampai sekarang tidak respon.

 

“Abang ini terpaksa cari kilang ke kilang budak yang tipu dia. Ingat, tak semua ‘rider’ jahat jadi jangan pandang rendah,” tulis kapsyen video itu.

 

Menjengah ke ruang komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan pelanggan tersebut dan berharap agar pelaku itu dapat ditangkap.

 

“Sepatutnya syarikat e-hailing seperti mewajibkan pembayaran ‘online’ saja. Tak perlu bayar tunai. Kes tipu macam ini banyak berlaku. Kesian ‘rider’ hujan panas kena harungi. Bila dah sampai, pelanggan tak jawab panggilan telefon,” kata Muhammad Lamka.

 

“Sedihnya. ‘Rider’ lebih baik hati-hati ambil pesanan yang perlu dibayar secara tunai. Terutama sekali yang mahal-mahal, risiko tinggi. Semoga dipermudahkan segala urusan awak menjalankan tugas,” kata Tomato Cherry.

 

“Khianat orang, lepas itu makan benda tak bayar, jadi darah daging. Tak selamatlah hidup anaiya orang begitu,” kata Alif.

Post a Comment