Tengking Ibu Dalam Telefon, Ramai Panas Hati!
Berbuat baik kepada ibu dan bapa merupakan kewajipan bagi seorang anak. Sebagai anak, menjadi satu tanggungjawab untuk membalas jasa mereka menjelang dewasa.
Namun, baru-baru ini terdapat satu video yang berlegar-legar di media sosial menunjukkan situasi seorang wanita menelefon anaknya dibantu oleh seorang orang awam.
Melalui video itu, wanita berkenaan memberitahu anaknya tentang kedatangannya ke bandar kerana sudah lama tidak berjumpa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagainya.
@mimitubor Sosial experiment #sosialexperiment ♬ original sound – Mimitubor_🇲🇾
Namun, reaksi anaknya mengejutkan apabila ternyata kedatangan ibunya mengundang kemarahannya.
“Aduh, yang mak datang tak bagi tahu kenapa! Sepatutnya call dulu tanya orang sibuk ke tak sibuk, aduhh… Main terjah je,” keluh lelaki itu di hujung talian.
Perkara itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata marah dan geram dengan tindakan anak wanita itu yang akhirnya ‘menghalau’ ibunya pulang.
“Derhakanya Fizi, tergamak dia suruh balik macam tu je. Hati kering betul, bukan kawan-kawan, tu mak sendiri kot. Sebab tu la gaduh-gaduh,” komen @kagura98321171
“I cannot la orang buat mak macam ni. Rasa nak lempang je anak tu. Aku kalau dengar orang tinggi-tinggi suara kat mak pun automatic aku akan rasa panas je,” tambah @cardyjaa.
“Mujur lakonan, kalau betul memang aku sekeh-sekeh kepala anak dia. Pentingkan bini daripada mak sendiri,” ujar @PrinceRayDauz
Video eksperimen sosial itu dimuat naik sebuah akaun TikTok @mimitubor bertujuan memberi pengajaran tentang berbuat baik kepada ibu bapa.