Pertama Kali Guna Aplikasi Dating? 5 Tip Boleh Bantu Korang Jumpa Jodoh! – Manis Madu
Pertama Kali Guna Aplikasi Dating_ 5 Tip Boleh Bantu Korang Jumpa Jodoh!

Pertama Kali Guna Aplikasi Dating? 5 Tip Boleh Bantu Korang Jumpa Jodoh!

Sebuah hubungan yang terjalin mempunyai pelbagai cara bertemu. Ada yang berkenalan di tempat belajar, tempat kerja malah ramai daripada pasangan suami isteri mula berkenalan di alam maya.

Bukan sahaja melalui laman sosial, sekarang sudah ada aplikasi khas untuk mereka yang mencari jodoh. Dating app seperti Tinder, Omi, Malaysian Cupid dan lain-lain menjadi antara platform terkenal pilihan anak muda sekarang.

good-faces-agency-sKRavSCadwE-unsplash (1)

Namun, perkenalan di alam maya pasti ada risikonya kerana orang disebalik akaun yang digunakan dalam aplikasi tidak dikenali secara peribadi.

 

Hari ini Madu akan kongsi beberapa tip untuk Maduners yang baru pertama kali menggunakan dating app.

1. Tetapkan Karakter Yang Dicari

tetiana-shyshkina-1_p9pYF-Lao-unsplash (1)

Aplikasi mencari jodoh akan memberi banyak pilihan calon kekasih dengan karakter yang pelbagai. Sebaiknya, Maduners tetapkan dari awal karakter yang dicari supaya lebih mudah membuat pilihan.

2. Guna Gambar Terbaik Sebagai Foto Profil

Pilih gambar terbaik yang korang ada untuk dijadikan foto profil. Pastikan foto itu menarik dan membuatkan korang nampak menyerlah! Jangan lupa untuk lengkapkan data di ruang profil supaya korang dan si dia boleh saling tahu keterangan antara satu sama lain. Contohnya tentang pekerjaan, hobi atau lain-lain.

3. Semak Media Sosial

brooke-cagle-tLG2hcpITZE-unsplash (1)

Mendengar perkataan stalking ini memang agak mengerikan. Namun, harus diakui, mengenali seseorang di alam maya stalking amat diperlukan. 

 

Nak pula di zaman sekarang, banyak kes seperti lelaki kantoi dah ada isteri lah, tipu tentang pekerjaan dan lain-lain. Seram! Jadi, adalah lebih baik kalau Maduners stalk dulu calon korang sebelum teruskan dengan langkah seterusnya.

4. Jangan Mudah Terpikat Dengan Wajah Kacak

antoine-beauvillain-zY_NaksFH1k-unsplash (1)

Tipulah kalau wajah yang kacak tak membuat Maduners terpikat tetapi harus berhati-hati! Jangan sampai tertipu dengan wajah yang tampan lebih-lebih lagi kalau cepat jerr bagi perhatian pada korang.

 

Hakikatnya, terlampau banyak fake account dibuat dan berselindung disebalik gambar palsu yang dicuri melalui akaun lain untuk menipu korang. Hati-hati ya!

5. Jangan Mudah Sebarkan Maklumat Peribadi

kristina-flour-BcjdbyKWquw-unsplash (1)

Tip ini paling penting! Maklumat peribadi merupakan hal wajib yang perlu dijaga. Maksudnya, jangan sembarangan menyebarkan maklumat peribadi seperti nombor telefon, alamat rumah atau akaun media sosial. 

 

Ini kerana, tidak semua individu di sebalik akaun media sosial korang dah kenal dengan baik. Boleh jadi mereka berniat tidak baik terhadap korang. Namun, lain pula kalau korang dah kenal lama dan mula mempercayai orang yang korang kenal.

 

Good luck Maduners!

Post a Comment