Ustaz Lamar Pelajar Umur 14 Tahun Dituduh Pedofilia, Isteri Tetap Pertahan Suami – Manis Madu
Ustaz Lamar Pelajar Umur 14 Tahun D

Ustaz Lamar Pelajar Umur 14 Tahun Dituduh Pedofilia, Isteri Tetap Pertahan Suami

Pada 22 Mac lalu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menetapkan tiada perancangan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur pada masa ini namun cuba membendungnya menerusi Pelan Strategik Nasional Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur.

 

Susulan kenyataan bertulis di Dewan Rakyat itu, video yang dimuat naik seorang remaja perempuan berusia 19 tahun diserang bertubi-tubi selepas videonya berkahwin dengan seorang guru bergelar ustaz dari sekolah yang sama tular di media sosial.

@sharifah_yusraDoa yang baik baik inshaallah dpt yang baik2 . yang baik dan smpurna dtg dari Allah dan yg buruk dtg dari diri sndiri 🥰 Ambil yg jadi sebagai pengajaran hidup . terima kasih semua ☺️

♬ bunyi asal – syarifah_yusra

Menerusi video berkenaan, remaja tersebut memaklumkan bahawa gurunya itu pernah menyatakan hasrat untuk menjadikan dia isteri meskipun ketika itu baru berusia 14 tahun.

 

Memberi respon terhadap hasrat gurunya itu, remaja itu menjawab, ‘Saya bawah umur lagi, ustaz kena tunggu sampai saya 17 tahun dulu boleh? Ustaz jumpa la ibu dan ayah saya dulu’.

 

Selepas menerima kecaman hebat daripada netizen, dia menjelaskan bahawa dia mengenali suaminya itu pada 2015.

@sharifah_yusra Dari hanya seorang guru dan anak murid . berakhir denga perkhawinan ❤️ #CapCut #foryou #fyp #fy ♬ bunyi asal – syarifah_yusra

“Saya dulu budak yang sangat nakal sampai mak pun tak tahu nak cakap apa. Alhamdulillah, salah satu tujuan suami adalah untuk mengubah diri saya.

 

“Dia banyak ajar saya macam-macam. Memang saya tidak bertudung sebagai isteri seorang ustaz tetapi saya masih lagi dalam proses untuk perbaiki diri,” jelasnya di ruangan komen video berkenaan.

 

Remaja perempuan itu juga turut mengakui sudah mempunyai dua orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan tersebut.

Post a Comment