Guna Jalan Berlumpur Ke Sekolah, Bapa Sanggup Ulang Alik Dukung Anak Elak Kasut Kotor – Manis Madu
Guna Jalan Berlumpur Ke Sekolah, Bapa Sanggup Ulang Alik Dukung Anak Elak Kasut Kotor

Guna Jalan Berlumpur Ke Sekolah, Bapa Sanggup Ulang Alik Dukung Anak Elak Kasut Kotor

Tular di laman Facebook, hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan seorang bapa sanggup mendukung anak-anaknya secara ulang alik bagi mengelakkan kasut sekolah mereka kotor, lapor Beautifulnara.

 

Menerusi hantaran tersebut, bapa itu difahamkan menghantar 3 orang anaknya di hari pertama persekolahan mereka dan terpaksa menggunakan jalan yang kotor dan berlumpur untuk ke sekolah.

Malah, mereka sudah setahun menetap di situ dan masih lagi menunggu peruntukan jalan dipercayai di Kampung Sungai Damit Tamparuli Tuaran, Sabah.

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai berharap agar pihak berkuasa mengambil maklum tentang perkara itu dan segera menambah baik jalan di Kampung tersebut.

 

“Maklumkan kepada JKKK sama pengerusi kampung kawasan situ bah, nanti diorang boleh la jumpa YB kawasan sana,” tulis seorang pengguna Facebook. 

 

Tidak kurang juga, reaksi warganet yang salute dengan pengorbanan seorang ayah demi keselesaan anak-anaknya.

ante-hamersmit-vMP8lfhxPi4-unsplash (1)

“Begini la dah jadi ayah bekorban supaya kasut anak-anak tak berlumpur. Semoga anak-anak rajin menuntut ilmu,” ujar seorang pengguna Facebook yang lain.

 

Pengorbanan ibu bapa kadang-kadang kita boleh katakan tak masuk akal bukan? Apa sahaja mereka sanggup ‘redah’ demi anak-anak.

Post a Comment