Bengang Meja Depan Bising, Remaja Mengamuk Sampai Simbah Air!
Suasana bising dan meriah ketika berada di restoran ataupun kafe adalah satu kebiasaan. Lebih-lebih lagi kalau keluar melepak dengan kawan-kawan, pasti lebih gamat dengan gelak ketawa!
Meskipun begitu, pasti akan ada segelintir pihak yang kurang suka dengan suasana seperti itu dan mahukan suasana senyap atau tenang untuk menikmati waktu makan mereka.
Seperti yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila beliau sedang makan bersama rakannya di sebuah restoran sambil bergurau senda, rupanya hal itu tidak disukai oleh pelanggan yang duduk di meja belakang.
@agtaaaaai Balas @agtaaaaai ♬ suara asli – A🦋
Pelanggan terbabit telah menegur mereka untuk tidak berbuat bising, lalu mengambil tindakan membaling kotak tisu, botol air mineral, malah menyimbah air ke arah gadis itu.
Biarpun sudah basah disimbah air, gadis terbabit masih bersabar namun keadaan bertambah teruk apabila seorang remaja perempuan bertudung biru mula mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling cable telefon ke arah salah seorang pelanggan yang duduk di hadapan.
Ingatkan hal yang berlaku sudah selesai di restoran, bagaimanapun si pelaku sambung di kawasan parking dan meminta gadis itu untuk segera memadam video yang telah dirakam di dalam restoran.
@agtaaaaai Balas @agtaaaaai ♬ suara asli – A🦋
Di ruangan komen, rata-rata netizen merasakan bergelak-ketawa di restoran itu merupakan perkara biasa dan tindakan sekumpulan remaja itu mengamuk tidak sepatutnya berlaku.