Rupanya Salah Cara Sembur Minyak Wangi! Nak Bau Tahan Lama Ikut Cara Ini! – Manis Madu
Rupanya Salah Cara Sembur Minyak Wangi! Nak Bau Tahan Lama Ikut Cara Ini!

Rupanya Salah Cara Sembur Minyak Wangi! Nak Bau Tahan Lama Ikut Cara Ini!

Tak sangka rupanya selama ini ada teknik yang betul kalau nak guna minyak wangi!

 

Kalau sebelum ini Maduners main sembur saja minyak wangi, sekarang kena tahu tips & trick untuk pastikan bau minyak wangi tahan lebih lama di badan kita!

 

Bila dah tahu rahsia-rahsia ini, tak perlu dah sembur minyak wangi banyak-banyak, habis tak sampai sebulan guna!

Sembur Pada Badan, Bukan Pakaian

minyak wangi 1 (1)

Haaaa! Ramai yang tak tahu tip ini sebab kebanyakan suka pakai minyak wangi setelah siap berpakaian, yang mana bermaksud anda akan sembur minyak wangi pada pakaian dan bukannya pada badan!

 

Kalau nak tahu, kawasan yang terbaik untuk pakai minyak wangi adalah di pergelangan tangan (bahagian nadi), di leher ataupun belakang telinga. 

 

Tempat-tempat ini sensitif dan suhu badan lebih tinggi jadi bau minyak wangi akan tahan lebih lama.

 

Jangan sembur pada pakaian sebab nanti baunya tidak tahan lama dan hilang.

Jangan Gosok Lepas Sembur!

laura-chouette-2H_8WbVPRxM-unsplash (1)

Perasan tak, bila dah sembur minyak wangi anda selalunya akan gosok kawasan yang disembur, elak dari lakukan perkara ini!

 

Bila anda menggosok kawasan yang disembur minyak wangi tidak akan tahan lama kerana molekul pada cairan minyak wangi akan pecah dan bau akan hilang lebih cepat!

Jangan Goncang Botol Minyak Wangi Sebelum Sembur

laura-chouette-bnPdoKs9d54-unsplash (1)

Masih ramai yang suka buat perkara ini, minyak wangi bukan ubat, tak perlu goncang!

 

Menggoncang botol minyak wangi boleh hasilkan haba disebabkan oleh gerakan kinetik molekul. 

 

Haba yang dihasilkan boleh rosakkan kualiti atau bau tak akan tahan lama. 

 

Tip untuk Maduners, sekiranya botol minyak wangi telah digoncang, sebaiknya biarkan minyak wangi itu selama 2-3 hari sebelum menggunakannya semula.

 

Lepas ini dah boleh elak dari lakukan perkara-perkara yang membazirkan minyak wangi! Beli minyak wangi mahal-mahal mesti kena guna dengan baik!

Post a Comment