Tiba-Tiba Doktor Cakap Anda Hidap Tuberculosis, Jangan Sampai Memudaratkan! – Manis Madu
Tiba-Tiba Doktor Cakap Anda Hidap Tuberculosis, Jangan Sampai Memudaratkan!

Tiba-Tiba Doktor Cakap Anda Hidap Tuberculosis, Jangan Sampai Memudaratkan!

Pernah dengar tak satu penyakit bernama Tuberculosis (TB) atau dalam masyarakat kita lebih dikenali sebagai TB?

 

Penyakit TB atau batuk kering ini berpunca daripada jangkitan kuman bakteria bernama ‘Mycobacterium tuberculosis’. Kuman ini disebarkan melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif, batuk.

cdc-y--8fqaK1kY-unsplash (1)

Memetik laporan portal My Health, satu pertiga daripada penduduk seluruh dunia dijangkiti batuk kering di mana 8.9 hingga 9.9 juta kes dilaporkan dan pada tahun 2008. TB membunuh 5,000 orang setiap hari di seluruh dunia!

engin-akyurt-SMI1NhNXszc-unsplash (1)

Di Malaysia, seramai 19, 251 orang dikesan menghidapi TB pada tahun 2011. Satu jumlah yang banyak!

 

Agaknya macam mana nak tahu kita menghidap TB atau sekadar batuk biasa? Jom tengok gejala TB!

  • Batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
  • Batuk berdarah
  • Demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam
  • Hilang selera makan atau turun berat badan
  • Sakit dada semasa batuk atau bernafas secara dalam
  • Mudah letih dan lemah
  • Suara menjadi serak

 

Jika Maduners mendapati ada gejala seperti yang Madu sebutkan tadi, pergi ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan lanjut. Korang boleh mendapat pengesahan penyakit ini melalui pemeriksaan ujian kahak atau x-ray dada di mana-mana klinik hospital atau kerajaan.

cdc-0Sk3qI4oI0c-unsplash (1)

Jangan risau kalau Maduners disahkan menghidap penyakit ini kerana ia boleh sembuh! 

 

Rawatan batuk kering di Malaysia menggunakan sistem Directly Observed Therapy, short course (DOTS) yang diiktiraf oleh World Health Organization. Rawatan ini bermaksud ubat diambil di bawah pengawasan petugas kesihatan dalam tempoh tertentu.

  • Rawatan perlu diambil sekurang-kurangnya enam bulan
  • Rawatan harian untuk 2 bulan pertama yang mengandungi 4 jenis antibiotik (fasa intensif), diikuti oleh 4 bulan fasa sambungan yang mengandungi 2 jenis antibiotik
  • Pesakit akan sembuh jika mengikuti rawatan diberikan sepenuhnya

 

Kalau Maduners ada sebarang pertanyaan berkaitan penyakit ini, korang boleh rujuk dengan klinik kesihatan atau pejabat kesihatan berdekatan. 

 

Jika dijangkiti, elakkan merasa tertekan dan dapatkan sokongan daripada rakan terdekat atau keluarga. Boleh juga dapatkan sokongan melalui The Malaysian Association for The Prevention of TB (MAPTB) atau Persatuan TB Tempatan.

Post a Comment