Murid Perempuan Disentuh Sesuka Hati, Bapa Nekad Bersemuka & Lempang Pemandu Van – Manis Madu
Murid Perempuan Disentuh Sesuka Hati, Bapa Nekad Bersemuka & Lempang Pemandu Van

Murid Perempuan Disentuh Sesuka Hati, Bapa Nekad Bersemuka & Lempang Pemandu Van

Seorang bapa nekad bersemuka dan menampar seorang pemandu van yang dipercayai telah melakukan gangguan seksual terhadap anaknya.

 

Menerusi hantaran Tuan Amir Danau di Facebook memaklumkan anak perempuannya telah disentuh sesuka hati malah turut dipujuk untuk memberikan nombor telefon oleh pemandu van berkenaan.

Menurut Amir, dia mula berasa curiga apabila anaknya menghubungi isterinya dan meminta supaya orang lain menghantarnya ke sekolah dan kurang selesa dengan sikap pemandu lelaki tersebut.

 

“Mula-mula dia duduk belakang dan lepas itu pemandu van suruh duduk depan dan tanya nama anak aku, dia cakap anak aku ini comel lah cantik lah dia cubit-cubit pipi.

 

“Esoknya dia mula lain, dia mula gosok-gosok, ramas-ramas tangan anak aku dan lepas itu siap tepuk-tepuk paha anak aku siap dia tunduk rapatkan muka ke paha anak aku masa itu,” katanya.

 

Tambah Amir, anaknya menangis ketika bercerita mengenai perkara keji itu malah pernah turut diumpan dengan diberi coklat serta air kotak dan anaknya diminta untuk memberi nombor telefon supaya boleh dihubungi kemudian hari.

Berang puterinya diperlakukan seperti itu, Amir kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa geram dan risau memikirkan anak masing-masing yang turut menggunakan perkhidmatan van sekolah setelah membaca perkongsian tersebut.

Post a Comment