Tangkap Jerung Thresher Tanpa Badan, Nelayan Anggap Ada ‘Raksasa’ Dalam Laut – Manis Madu
Tangkap Jerung Thresher Tanpa Badan, Nelayan Anggap Ada ‘Raksasa’ Dalam Laut

Tangkap Jerung Thresher Tanpa Badan, Nelayan Anggap Ada ‘Raksasa’ Dalam Laut

Dua nelayan dari Australia terkejut apabila menangkap seekor bangkai jerung yang telah kehilangan sebahagian besar badannya akibat dibaham oleh ‘sesuatu yang bersaiz lebih besar’, lapor akhbar Daily Star.

 

Sammy Hitzke dan rakannya, Shaun Whale bergelut untuk menangkap seekor jerung thresher selama empat jam setengah sebelum akhirnya berjaya membawa ia naik ke atas bot.

 

Hitzke memuat naik detik-detik penangkapan jerung berkenaan di akaun YouTube rasminya.

“Ia amat besar dan panjang, ia seekor jerung. Nampaknya, seekor jerung telah menjadi mangsa. 

 

“Saya tidak tahu apa yang berlaku di dalam laut. Ia adalah seekor jerung thresher yang besar,’’ katanya.

 

Hitzke dan Whale kemudiannya terkejut selepas menarik jerung itu ke atas bot dan mendapati kebanyakan bahagian badan ikan itu hilang akibat diserang atau dimakan oleh pemangsa lain.

 

“Ini adalah sesuatu yang luar biasa. Ia kehilangan tiga perempat daripada badannya. Terdapat ‘raksasa’ sebenar di dalam laut. Saya benar-benar penat tetapi ini mungkin perkara paling gila pernah saya lihat di lautan,” kata Whale.

 

Sejak rakaman itu dimuat naik pada 3 April lalu, ia telah ditonton lebih 129,000 kali dengan beratus-ratus pengguna membanjiri ruangan komen.

 

Jerung thresher disenaraikan sebagai spesies yang terdedah kepada kepupusan oleh Kesatuan Pemuliharaan Dunia.

Post a Comment