Pelitup Muka Wajib Ada Logo SIRIM? Kerajaan Kata Nanti Dulu! – Manis Madu
Pelitup Muka Wajib Ada Logo SIRIM? Kerajaan Kata Nanti Dulu!

Pelitup Muka Wajib Ada Logo SIRIM? Kerajaan Kata Nanti Dulu!

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang penguatkuasaan standard pelitup muka bukan perubatan yang katanya wajib mempunyai logo SIRIM atau boleh dikenakan tindakan undang-undang.

 

Perkara tersebut menimbulkan rasa bingung dalam kalangan rakyat dan rata-rata mempersoalkan penguatkuasaan yang dirasakan tidak perlu memandangkan negara sedang menuju fasa endemik.

colour-masks

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan bersetuju menunda penguatkuasaan pewartaan perakuan standard pelitup muka bukan perubatan yang sepatutnya pada 5 Julai ini kepada 1 Januari depan, lapor Kosmo!

 

Perkara tersebut diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ekoran reaksi awam termasuk pihak industri terbabit.

Alexander bercakap pada sidang akhbar pada Majlis Amanat Menteri Bersama Pihak Industri, Putrajaya

Sumber Gambar: kosmo.com.my

“Setelah ambil kira maklum balas masyarakat, kementerian menangguhkan penguatkuasaan pewartaan,” kata beliau pada Majlis Amanat Menteri Bersama Pihak Industri.

 

Sesi khas itu membolehkan pihak terbabit diberi pencerahan dan persediaan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

 

Mengulas lanjut, Alexander berkata, pewartaan itu bertujuan memastikan produk dihasilkan termasuk diimport mempunyai penandaan sah standard Malaysia (MS) dikeluarkan SIRIM.

 

“Ini juga bagi memastikan pelitup itu mematuhi piawaian dan berkualiti demi keselamatan pengguna selain meningkatkan perlindungan daripada jangkitan Covid-19,” katanya.

Post a Comment