Penulisan Alyssa Tentang Bahasa Di Sarawak Berjaya Pikat Universiti Harvard! – Manis Madu
Penulisan Alyssa Tentang Bahasa Di Sarawak Berjaya Pikat Universiti Harvard

Penulisan Alyssa Tentang Bahasa Di Sarawak Berjaya Pikat Universiti Harvard!

Hasil penulisan keunikan dan keindahan bahasa serta etnik di Sarawak melayakkan Alyssa Yap Xin Yi terpilih sebagai salah seorang pelajar Universiti Harvard, di Amerika Syarikat, lapor Astro Awani.

 

Alyssa, 20, berasal dari Kuching itu mengagumi penggunaan bahasa dalam kalangan komuniti Sarawak yang berbilang bangsa sekaligus menggambarkan perpaduan antara mereka.

Alyssa, 20, berasal dari Kuching itu mengagumi penggunaan bahasa dalam kalangan komuniti Sarawak

Jelasnya, tidak hanya bergantung kepada keputusan peperiksaan semata-mata, dia perlu menulis beberapa esei untuk pihak universiti mengenali pemohon dengan lebih holistik selain dinilai melalui temu bual secara maya.

 

“Semasa ditemu bual oleh pihak Universiti Harvard, saya menceritakan serba sedikit latar belakang saya di Sarawak yang mana kita ada bahasa Sarawak, Hokkien, Hakka, Melayu dan sebagainya dan ini penting kerana berkaitan dengan esei yang saya tulis mengenai linguistik di negeri ini,” ujarnya.

 

Alumni pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road itu berkata, pihak universiti juga menilai prestasinya dalam kokurikulum.

 

Presiden Debat Anglo-Chinese Junior College (ACJC) dan Komuniti Pidato itu mendedahkan penglibatan dalam aktiviti itu meningkatkan kemahirannya dalam berucap dengan perspektif lebih bersifat global.

Alyssa-Presiden-Debat-Anglo-Chinese-Junior-College-(ACJC)-dan-Komuniti-Pidato

Selepas menamatkan tingkatan lima, Alyssa menyambung pengajian A-Level di ACJC selama dua tahun di bawah tajaan Pra-Universiti ASEAN sebelum membuat permohonan ke Universiti Harvard pada pertengahan Disember 2022.

 

Terdahulu, Alyssa antara enam pelajar Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard bagi sesi pengajian tahun 2022 yang dijangka bermula pada suku keempat tahun ini.

Alyssa menerima sijil pengiktirafan untuk ‘Outstanding Service Award’ dalam sumbangannya dalam aktiviti kokurikulum

Bertolak ke Amerika Syarikat pada Ogos depan, Alyssa akan ditemani lima lagi pelajar Malaysia antaranya Chooi Je Qin dari Johor, Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang, Carisma Michaela Wong dari Sabah serta Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur.

Post a Comment