Tumbuk Pekerja OKU Sebab Salah Hantar Makanan, Staff Secret Recipe Pula Buat Hal? – Manis Madu
Tumbuk Pekerja OKU Sebab Salah Hantar Makanan, Staff Secret Recipe Pula Buat Hal_

Tumbuk Pekerja OKU Sebab Salah Hantar Makanan, Staff Secret Recipe Pula Buat Hal?

Tular di laman Twitter apabila seorang wanita memuat naik tangkap layar berisi aduan tentang kejadian pekerja kurang upaya (OKU) di restoran terkenal dipukul gara-gara tersalah hantar makanan kepada pelanggan.

Menurut tangkap layar tersebut, pelanggan berkenaan dikatakan tidak mahu membayar makanan yang tersalah hantar itu meskipun dia telah menghabiskannya.

 

Customer tu bodoh, dia tak order chicken tapi pergi makan sampai habis. Pastu tak nak bayar makanan tu, kesian gaji budak OKU tu kena potong pastu kena tumbuk lagi. Kesian budak OKU tu 3 staff Secret Recipe tumbuk dia,” tulis pengadu berkenaan.

 

Wanita berkenaan mencadangkan agar pengadu melaporkan perkara itu kepada pihak polis susulan kejadian buli tersebut dan meminta penjelasan daripada pihak Secret Recipe Bukit Jelutong.

 

Namun, sehingga artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan balas dari pihak Secret Recipe berhubung isu ini.

 

Melihat ke ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa simpati dan geram dengan apa yang berlaku kepada pekerja OKU berkenaan.

 

“Cegah sebelum terlambat. Kesian gila kat staff OKU tu. Geram baca,” komen salah seorang netizen.

 

“Tak kira OKU atau tidak, benda macam ni tak patut berlaku. Staff ada salah, customer pun ada salah. Pasal tersalah hantar makanan saja, apa yang sampai tumbuk menumbuk? Bukannya dia tumpahkan air panas atas peha customer. Takde budi bicara betul,” luah seorang netizen.

 

“Yang customer pun, dah tahu kau tak order yang tu kenapa awal-awal tak panggil staff cakap salah? Customer yang salah sebab if aku yang dapat salah order, aku terus panggil waiter,” ulasan mengenai pelanggan itu.

 

Madu tak boleh terima lah guna kekerasan pada pekerja yang buat salah! Lebih-lebih lagi pada golongan istimewa. Dia cuma tersalah hantar makanan, benda boleh bincang!

Post a Comment