Tiru Tom Cruise & Shah Rukh Khan, Lelaki Berjaya Beli Tanah Di Bulan? – Manis Madu
Tiru Tom Cruise & Shah Rukh Khan, Lelaki Berjaya Beli Tanah Di Bulan_

Tiru Tom Cruise & Shah Rukh Khan, Lelaki Berjaya Beli Tanah Di Bulan?

Tular di laman TikTok apabila seorang lelaki memuat naik video menceritakan dia sudah membeli sebidang tanah di bulan.

 

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Radzi Md Noor, dia pernah terbaca pelakon Tom Cruise dan Shah Rukh Khan ada membeli tanah di bulan dan dia bertindak untuk mencubanya.

Di dalam bungkusan yang katanya dihantar dari United State (US) itu mengandungi beberapa sijil perakuan, geran dan segala dokumen-dokumen berkaitan.

 

Radzi turut dibekalkan dengan dua peta menunjukkan lokasi yang dia beli.

 

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘melayankan’ saja apa yang diceritakan lelaki berkenaan dalam videonya.

 

“Berapa ringgit sekampit harga tanah kat bulan ni? Nak beli juga,” 

 

“Boleh naik taman semi-D, aku nak booking corner lot tau,”

 

“Kalau abang nak beli insurans boleh roger saya ye, insyaallah kami cover bukan setakat bulan tapi sampai planet Pluto,”

 

“Bang, kat bulan ada Foodpanda tak? Kalau ada saya pun nak beli la tanah kat sana sebab susah nak makan nanti kalau takde Foodpanda,” 

 

Aduh, terhibur baca komen-komen netizen! Maduners ada yang nak beli tanah di bulan juga tak? Mana la tahu berjiran dengan abang ini nanti.

Post a Comment