Sanggup Reka Cerita Positif Covid-19 & Ditidurkan, Rupanya Cuma Alasan Untuk Berpisah
Tular di laman media sosial TikTok satu video mengenai seorang gadis yang mendakwa sudah tertipu dengan ‘kekasihnya’.
Melalui penceritaan gadis tersebut dalam video itu, semuanya bermula apabila barang yang dihantar kepada sang kekasih ditolak gara-gara si penerima disahkan positif Covid-19 dan ditidurkan.
@princessturkk the update that you’ve all been waiting for. like i said, never take covid as a joke, but apparently you did. no one deserves to be treated the way i got treated & i pray NO ONE will go through what i went through. wasted too many tears bcs of this while struggling to finish my thesis. now he blocked my number without any explanation of why he treated me like that, why he made up stories about being positive covid, & even deleted all the conversation. semoga naik #fyp ♬ original sound – princess 🇹🇷
Berita mengejutkan itu turut dikongsi di TikTok sebelumnya dengan harapan lebih ramai akan mendoakan lelaki berkenaan.
Setelah itu, entah kenapa barang yang sepatutnya dipulangkan kembali kepadanya itu tiba-tiba berjaya di hantar.
“Tak tahu siapa terima parcel itu. Pelik sangat sebab katanya dia takda dalam tu dah, ditidurkan,” ujar gadis berkenaan.
Oleh kerana merasa tidak sedap hati, gadis itu menelefon ke PULAPOL untuk memastikan tentang status barang yang dihantarnya dan menurut pegawai di sana, lelaki itu sendiri yang menerimanya,
“Korang tak tahu betapa happy nya saya waktu tu walaupun ada tertanya kenapa nak reka cerita pasal positif Covid-19 dan ditidurkan tu.
“Rupanya sebab ni…” jelas gadis itu dengan tangkap layar daripada si lelaki yang mengatakan tidak mahu meneruskan perkenalan mereka selain memaklumkan akan berkahwin dengan wanita lain pada hujung tahun ini.
Tambah gadis itu lagi, dia berasa amat kecewa dan terhina dengan perkara yang menimpanya. Diperbodohkan dan ditipu hidup-hidup!
Melihat di ruangan komen, ramai netizen dilihat cuba memberi kata-kata positif kepada gadis itu selain tidak kurang juga yang geram dengan perlakuan lelaki berkenaan.
“Sanggup betul eh sampai reka cerita ditidurkan bagai. Call KKM sis, mintak tidurkan dia betul-betul. By the way, sabar ya. Akan ada yang lebih baik untuk awak di luar sana,” komen seorang waraganet.
“Nak sangat agaknya ‘positif Covid dan ditidurkan’. Move on girl,” tambah komen lain.