Diharamkan? Warisan Seni Tarian Mak Yong Dikatakan Syirik & Khurafat? – Manis Madu
Diharamkan_ Warisan Seni Tarian Mak Yong Dikatakan Syirik & Khurafat_

Diharamkan? Warisan Seni Tarian Mak Yong Dikatakan Syirik & Khurafat?

Sebut tentang warisan seni tarian Mak Yong, boleh dikatakan tarian ini merupakan seni tarian paling lama di Malaysia dan masih relevan hingga kini.

 

Mak Yong (atau Makyong atau Makyung) adalah sejenis tarian Melayu tradisional dan suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.

0210_mak_yong_1 (1)

Drama-tari Mak Yong ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu, Patani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau, Indonesia.

 

Untuk pengetahuan Maduners, tarian Mak Yong pernah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO sebagai seni warisan negara (World Cultural Heritage) – Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity pada 25 November 2005.

Mak Yong Ada Unsur Khurafat?

MAK-YONG-MALAYSIA (1)

Menurut sumber, ritual Mak Yong dan Ulek Mayang merupakan tarian berunsurkan mistik yang memiliki hubung kait dengan alam ghaib. Peserta akan berlakon menjadi watak puteri dan watak raja lalu berpentasan dengan cerita-cerita yang dikarang oleh mereka.

Di dalam permainan Mak Yong mempunyai unsur semangat sehingga berpotensi mendatangkan insiden separa sedar, tidak sedarkan diri, malah kerasukan. Hiburan ini jelas mempunyai pengaruh pemujaan terhadap makhluk ghaib samada secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Kenapa Mak Yong Diharamkan?

georgetown12-mak-yong (1)

Di negeri Kelantan, mana-mana seni budaya seperti Main Puteri, Mak Yong, Menora, Wayang Kulit, Dikir Barat dan lain-lain tarian adalah dibenarkan jika tatacara persembahannya sudah diolah mengikut garis panduan Islam.

 

Namun, bagi seni budaya Mak Yong, Menora dan Main Puteri masih berkeras mengekalkan versi lama yang bertentangan dengan Islam. Contohnya dalam tarian Mak Yong, lelaki selalu diperbodohkan dan dipakaikan seperti mak nyah manakala wanita pula berpakaian menjolok mata. 

 

Kerajaan negeri Kelantan begitu mengambil berat berkaitan isu akidah dan berusaha untuk membanteras unsur-unsur yang menyeleweng pemikiran dan kepercayaan umat Islam dari terus terjerumus ke kancah syirik dan khurafat. 

 

Khurafat dalam Kamus Al-Marbawi disebut sebagai cerita karut atau karut-marut. Maka, sebarang bentuk hiburan atau permainan tradisi hendaklah dimurnikan agar tidak melanggar batas-batas iman dan kufur.

 

Peraturan hiburan yang berpandukan dasar ‘Membangun Bersama Islam’ dan mesra syariah telah digubal. Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan tahun 1998 telah meletakkan syarat tidak boleh mempersembahkan apa-apa jenis bentuk hiburan yang mengandungi unsur tahyul, pemujaan roh, lucah dan pergaulan bebas. 

 

Kesan daripada peraturan ini, beberapa upacara tradisi telah diharamkan kerana didakwa menggunakan makhluk halus dan kuasa selain daripada Allah seperti Menora, Main Puteri dan Mak Yong itu sendiri.

Perkembangan Terkini

Setelah hampir 30 tahun Mak Yong diharamkan sejak tahun 1991, seni persembahan Mak Yong buat julung kalinya dipersembahkan kembali kepada umum setelah melalui proses pengubahsuaian kandungan dialog dan mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri dan Jabatan Mufti Kelantan.

 

Tarian berkenaan kembali dipersembahkan pada 24 Mei 2019 di Dewan Auditorium JKKN.

 

Namun, jelas perubahan yang dibuat adalah tidak melibatkan wanita dan pengubahsuaian dialog dengan ciri-ciri patuh syariah seperti yang dikehendaki oleh kerajaan Kelantan.

Post a Comment