Ewwww! Ada 1 Saja Papan Pemotong Dekat Dapur Rumah? Gelilah! – Manis Madu
Ewwww! Ada 1 Saja Papan Pemotong Dekat Dapur Rumah_ Gelilah!

Ewwww! Ada 1 Saja Papan Pemotong Dekat Dapur Rumah? Gelilah!

Sabar, Syaz tahu ramai Maduners mesti marah dengan tajuk artikel yang agak provokatif, tapi sebenarnya tajuk itu nak tarik perhatian Maduners sebab perkara ini penting kerana berkaitan isu kebersihan dan kesihatan Maduners.

 

Tahu tak sebenarnya bahaya kalau Maduners hanya ada satu papan pemotong dekat rumah? Perkara ini melibatkan kesihatan Maduners dan ahli keluarga di rumah!

 

Tujuan  perlu ada sekurang-kurangnya 2 papan pemotong di rumah adalah untuk elak pencemaran bersilang bila kita guna satu papan pemotong saja.

Pencemaran Bersilang

kyle-mackie-Xedxbjx7MFg-unsplash (1)

Untuk pengetahuan Maduners, pencemaran bersilang bermaksud pemindahan bakteria bahaya dari satu objek ke tempat yang lain. 

 

Jadi contohnya bila Maduners menggunakan papan pemotong untuk memotong bahan-bahan mentah seperti ayam, daging dan bahan basah yang lain dalam kuantiti yang banyak, Maduners tak boleh guna papan pemotong yang sama untuk memotong sayur-sayuran kerana boleh menyebabkan pencemaran bersilang. 

 

Boleh terdedah kepada pelbagai penyakit bahaya macam salmonella dan banyak lagi!

 

Mencegah pencemaran silang adalah faktor utama dalam mencegah penyakit bawaan makanan.

 

Jadi Maduners disyorkan mempunyai sekurang-kurangnya dua papan pemotong, satu papan pemotong untuk daging dan satu lagi untuk semua yang lain.

Jenis Papan Pemotong Terbaik

Ada beberapa jenis papan pemotong dan masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. 

 

Banyak papan pemotong yang berbeza boleh Maduners dapatkan, tinggal nak nak pilih saja, jom Syaz kongsi 3 jenis papan pemotong yang Maduners boleh pilih!

Kayu

sebastien-marchand-oVIUvwm2dvM-

Kalau nak tahu jenis papan pemotong kayu adalah yang paling popular. Pada Syaz, rasanya mungkin nampak cantik jenis kayu ini dan senang nak padan dengan pelbagai jenis rekaan dalaman dapur di rumah!

 

Papan pemotong kayu ini tidak rosak secepat jenis yang lain. Tetapi salah satu kelemahan terbesar dengan papan kayu ialah ia perlu dicuci dengan tangan dan disapu minyak untuk kekal dalam keadaan yang baik.

 

Untuk papan pemotong jenis kayu ini PASTIKAN Maduners dapatkan yang jenis berkualiti tinggi seperti yang diperbuat daripada kayu maple. 

 

Jenis kayu yang lebih akan cepat tumpulkan pisau Maduners dan boleh menyebabkan serpihan kayu dari papan pemotong masuk ke dalam bahan makanan Maduners!

 

JANGAN  sesekali potong daging mentah atau seafood menggunakan papan pemotong kayu kerana jenis papan ini susah untuk dibersihkan daripada kuman yang datang daripada daging mentah dan senang ada bau yang tidak menyenangkan.

 

Tapi Maduners boleh guna papan jenis ini untuk potong sayuran, roti atau buah-buahan!

 

Tip! Untuk basuh papan pemotong jenis kayu JANGAN rendam dalam air sabun, hanya perlu lap sedikit dengan air sabun menggunakan kain dan biarkan papan kering.

Plastik

plastic board (2)

Jenis papan pemotong plastik pula kebaikannya adalah murah dan sangat mudah dibersihkan. Anda boleh rendam dalam air sabun untuk beberapa minit kemudian cuci, dah bersih!

 

Papan jenis plastik ini datang dalam pelbagai warna, mesti warna pink akan tarik perhatian ibu-ibu diluar sana.

 

Untuk keselamatan yang lebih terjamin, Maduners boleh gunakan WARNA BERBEZA papan pemotong plastik untuk potong jenis bahan tertentu, contohnya warna hijau untuk sayur-sayuran dan merah untuk bahan mentah seperti daging dan ayam manakala warna biru boleh digunakan untuk siang ikan.

 

KELEMAHAN terbesar untuk papan pemotong plastik ialah ia senang ada calar yang mana lebih cepat daripada jenis papan pemotong kayu.

 

Tip! Untuk basuh papan pemotong plastik Maduners boleh gunakan pes campuran buatan sendiri daripada baking soda, garam dan air kemudian lumurkan pada papan dan cuci!

Kaca/ Gelas Marble

glass (1)

Walaupun jenis papan pemotong ini nampak lawa dan estetik tapi Syaz kurang syorkan papan jenis ini untuk Maduners guna sebab banyak kelemahan pada papan pemotong jenis kaca ini. 

 

Antara kelemahan papan ini adalah tidak kukuh untuk bertahan jangka masa lama bagi Maduners yang selalu memasak di rumah, lama-lama boleh pecah!

 

Selain itu, papan pemotong kaca ini licin, jadi macam tunggu masa untuk benda tidak baik berlaku. 

 

Untuk individu yang guna sebagai perhiasan boleh cuba pakai papan pemotong ini, kalau guna untuk diletakkan keju dan biskut pun lawaaaaa sangat!

 

Syaz tidak syorkan papan jenis ini kalau anda jenis yang gemar memasak.

 

TETAPI jika Maduners jenis yang suka buat pastri dan pasta sendiri yang memerlukan Maduners perlu mengadun doh sendiri, jenis papan pemotong ini sangat sesuai! Baru estetik nak buat doh biskut dan pai!

 

Untuk basuh papan ini, Maduners boleh basuh menggunakan sabun pembasuh yang lembut dan dibersihkan guna span yang juga lembut.

 

Untuk pastikan papan bersih dari sebarang kuman, boleh guna campuran solusi setengah air dan setengah cuka. Jangan guna terlalu banyak cuka, takut rosak papan pemotong jenis ini!

 

Jadi Maduners dah tahu dekat sini, Syaz harap lepas ini Maduners tidak gunakan papan pemotong yang sama untuk digunakan memotong bahan mentah daging dan juga sayur-sayuran atau buah-buahan. Selamat memasak!

Sumber Gambar: Stone Line, Blade Sharp 

Post a Comment