Bawah 100 Kalori? 7 Jenis Snek Terbaik Untuk Korang Yang Tengah Jaga Badan! – Manis Madu
Bawah 100 Kalori_ 7 Jenis Snek Terbaik Untuk Korang Yang Tengah Jaga Badan!

Bawah 100 Kalori? 7 Jenis Snek Terbaik Untuk Korang Yang Tengah Jaga Badan!

Haaaa! Kalau diet tak boleh makan banyak-banyak? Siapa cakap? Salah! Sebenarnya diet ini yang penting Maduners kena kira jumlah pengambilan kalori setiap hari dan pastikan berada dalam calorie deficit!

 

Jika kira dengan baik pengambilan kalori secara harian, Maduners boleh makan snek setiap petang, jom Syaz kongsi snek-snek terbaik Maduners boleh enjoy yang mengandungi 100 kalori atau kurang dari jumlah tersebut!

1. 1 Cawan Saiz Sederhana Blueberi

joanna-kosinska-4qujjbj3srs-unsplash (1)

Nampak je macam biasa-biasa tapi jangan terbohong sebab blueberi antara buah terbaik dijadikan snek untuk turunkan berat badan!

 

Kalau korang nak tahau, blueberi mengandungi antioksidan yang lebih tinggi berbanding pisang dan epal. Itulah ramai ingat epal paling bagus untuk diet, sebenarnya blueberi lagi bagus!

 

1 cawan saiz sederhana  blueberi hanya mengandungi sekitar 86 kalori! Yummy!

2. Segenggam Kacang Almond

nacho-fernandez-vkuNgNf2VNk-unsplash (1)

Pada dasarnya semua kacang bagus tapi kena ingat setiap kacang berbeza-beza kalori dan kena ambil dalam jumlah yang betul. 

Banyak-banyak kacang, kacang almond antara yang terbaik untuk orang yang sedang menjaga jumlah pengambilan kalori secara harian, petang-petang kunyah kacang pun sedap!

 

Kacang almond bagus sebagai pengganti karbohidrat seperti roti dan kurangkan lemak di perut!

 

Dua genggam kacang almond mengandungi lebih kurang 172 kalori, jadi hati-hati bila mengunyah tapi tiba-tiba dah habis sebalang!

3. 3 Cawan Sederhana Popcorn Tanpa Perisa

georgia-vagim-ny-lHmsHYHk-unsplash (1)

Haaa! Bukan popcorn karamel macam dekat panggung wayang itu ya, tapi popcorn tanpa perisa sebagai snek yang sihat!

 

Tiga cawan sederhana popcorn tanpa perisa mengandungi lebih kurang 93 kalori saja! Bermaksud satu cawan hanya dalam 31 kalori, sihat dan boleh mengunyah tanpa risau masa tengok filem di rumah!

4. Cawan Kecil Air Latte Dengan Susu Skim

billy-kwok-vfiA7rRtjWo-unsplash (1)

Latte? Biar betul! Syaz tahu ramai yang akan sangsi dengan cadangan ini tapi memang betul air latte!

 

Tapi air latte menggunakan susu skim, bukan susu biasa! Susu skim satu pilihan yang bagus untuk mereka yang tengah diet. 

 

Jadi peminat kopi yang tengah diet tak perlu risau, waktu petang Maduners boleh jadikan ini sebagai satu pilihan yang baik sebagai minuman petang kerana mengandungi hanya dalam 95 kalori sahaja.

5. 1/3 Cawan Edamame

edamame (1)

Edamame (kacang soya) sarat dengan protein!

 

Maduners juga akan dapat sedikit sumber lemak yang bagus sebagai sumber tenaga yang mengenyangkan. 

 

Paling penting, 1/3 cawan edamame hanya mengandungi 75 kalori.

6. Baby Carrots

baby carrot (1)

Syaz tahu mesti ramai yang cakap ewwww, lobak merah sebagai snek tak sedap!

Belum cuba belum tahu dan ini bukan lobak merah biasa, anda kena cuba baby carrots ini yang mempunyai tekstur yang lebih ranggup dan saiz yang kecil sesuai dijadikan snek. 

 

Kalau rasa tak boleh makan begitu saja, Maduners boleh gandingan bersama hummus sebagai pencicah! 

 

8 baby carrots yang mentah hanya mengandungi 43 kalori dan gandingan 1 sudu sederhana hummus sebagai pencicah hanya mempunyai 30 kalori, jumlah keseluruhan hanya 73 kalori!

7. Telur Rebus

tamanna-rumee-p-8A8Joo-Rc-unsplash (1)

Pilihan snek paling mudah sekali, telur rebus!

 

Tinggal rebus saja, dah boleh direbus dalam kuantiti yang banyak dan disimpan. 

 

Telur rebus sebagai snek sangat fleksibel! Boleh makan sebagai sarapan atau snek waktu petang dan mengandungi jumlah protein yang tinggi, sesuai juga untuk mereka yang sedang menambah jumlah pengambilan protein dalam diet pemakanan.

 

1 biji telur rebus mengandungi lebih kurang 78 kalori.

 

Banyak lagi pilihan snek yang ada dan tidak semestinya sepanjang masa perlu makan snek yang sihat, sebulan sekali boleh pilih snek yang lebih dari 100 kalori, janji anda diet dengan sihat!

Sumber: Everyday Health

Post a Comment