Banyak Lagi Jenis Roti! Ini 5 Jenis Roti Yang Mungkin Tak Kenal Bahkan Mungkin Tak Pernah Dengar Langsung Namanya! – Manis Madu
Banyak Lagi Jenis Roti! Ini 5 Jenis Roti Yang Mungkin Tak Kenal Bahkan Mungkin Tak Pernah Dengar Langsung Namanya!

Banyak Lagi Jenis Roti! Ini 5 Jenis Roti Yang Mungkin Tak Kenal Bahkan Mungkin Tak Pernah Dengar Langsung Namanya!

Cakap pasal roti mesti yang tengah diet geram sebab kalau diet ramai yang elakkan dari makan roti kerana sumber karbohidrat yang tinggi yang mana tidak sesuai pengambilan bagi sesetengah jenis diet. 

 

Tetapi korang tahu tak roti is lifeee! Tekak  orang  Malaysia memang tak boleh tinggal nasi mesti juga tak boleh tinggal roti canai! Cakap pasal roti canai, Maduners tahu tak sebenarnya banyak lagi jenis roti di dunia ini dan mungkin ada jenis roti yang anda tak pernah dengar langsung. 

 

Jangan risau! Sebab itu ada Syaz yang nak kongsi dengan Maduners jenis roti yang jarang dengar kewujudannya di Malaysia, jom kita tengok!

1. Coppia Ferrarese – Itali

coppia-ferrarese

Antara jenis roti yang terkenal di Itali kerana rupanya yang unik berbanding roti lain, Coppia Ferrarese adalah sejenis roti sourdough yang bentuknya berpintal dua kali. 

 

Roti ini berasal dari bandar  dan merupakan makanan yang sangat simbolik dekat bandar ini, satu kebanggaan di bandar Ferrara di Itali! Selain bentuk pintal yang istimewa, roti ini sangat menarik perhatian kerana warnanya yang keemasan.

Bukan bentuk saja unik tapi rasa roti Coppia Ferrarese juga tak macam roti lain dan sangat sedap, rapuh, rangup dan lembut. Luvvvvv!

2. Rugbrod – Denmark

rugbrod-danish

Rugbrod ini sebenarnya roti rai  tetapi versi Danish sebab dari Denmark, sebab itu nama dia Rugbrod ada bunyi rye bread sikit kan!

 

Roti Rugbrod ini berwarna coklat tua dan berbentuk segi empat tepat panjang. Kenapa warna coklat tua? Bukan dah basi atau tidak boleh makan ya tetapi kerana ini adalah roti popular yang dibuat dengan tepung rai, seperti roti rai biasa.

 

Malangnya, Rugbrod mungkin bukan sejenis roti yang senang nak buat sendiri kerana mereka memerlukan masa yang sangat lama untuk membuatnya. Sebab itu ramai yang lebih suka beli roti ini di bakeri di Denmark!

Tetapi perkara yang baik tentang Rugbrod ialah tahap vitamin dan mineral yang tinggi. Mereka juga rendah lemak, menjadikannya sempurna untuk mereka yang sedang diet! Siapa cakap tak boleh diet kalau makan roti? Makanlah roti rugbrod!

3. Barmbrack – Ireland

irish-barmbrack

Yang minat roti ada buahan-buahan, korang akan jatuh hati dengan roti barmbrack ini, terutamanya peminat buah anggur kerana roti barmbrack ini lengkap dengan bahan seperti buah anggur segar, kismis dan juga sultanas.

 

Nama lain Barmbrack ialah bairín breac, di mana “bairín” bermaksud roti, dan “break” berbintik-bintik kerana terdapat kismis yang kelihatan seperti bintik-bintik di dalam roti. 

 

Mengikut cara makan orang Ireland, cara terbaik untuk menikmati roti barmbrack ini ialah dengan secawan teh dan hidangkan dengan mentega!

Fun fact! Untuk pengetahuan Maduners, di Ireland mereka biasanya menggunakan Barmbrack untuk permainan kerana penduduk tempatan meletakkan cincin mahal di dalam roti ini, jadi sesiapa yang mendapat cincin ini, bermakna mereka boleh menerima lebih banyak tuah pada masa hadapan! Uwuuu!

4. Pumpernickel – Jerman

pumpernickel-bread

Satu lagi jenis roti yang berwarna coklat tua kerana berada dalam kumpulan roti rai, roti pumpernickel yang berasal dari Jerman ini adalah sejenis roti yang mempunyai tekstur padat dan kasar, sebab itu orang Jerman suka makan roti ini bersama minuman seperti teh atau kopi!

Pumpernickel ini juga sesuai dimakan bersama kaviar (telur ikan mahal) atau salmon salai, rasa roti ini ada sedikit masam manis!

5. Pan Dulce – Mexico

pan-dulce

Dalam bahasa Sepanyol, Pan Dulce bermaksud roti manis!

 

Roti Pan Dulce ini mempunyai rasa yang manis dan dikatakan sesuai untuk dimakan pada waktu pagi sebagai sarapan ataupun pada waktu tengah malam sebagai supper!

Sebenarnya Pan Dulce ialah istilah digunakan untuk merujuk kepada banyak roti Mexico yang manis secara umumnya dan ada nama spesifik bagi roti tertentu, jenis yang paling dikenali di Amerika Syarikat mestilah Concha – roti gulung seperti cangkerang dengan bahagian atas yang rangup sempurna.

 

Ini baru 5 jenis roti yang ada nama unik dan berbentuk sedikit berbeza dari roti lain, banyak lagi jenis roti di seluruh dunia ini! Cara terbaik untuk cuba-cuba roti ini sudah tentu melancong ke negara asal roti-roti ini untuk dapat rasa autentik roti tersebut!

 

Sumber: Lacademia, Insider, Country Living

Post a Comment