Ibu Muda Ajar Buat ‘Beras Frozen’, Lebih Mudah & Jimat Masa! – Manis Madu
Ibu Muda Ajar Buat ‘Beras Frozen’, Lebih Mudah & Jimat Masa!

Ibu Muda Ajar Buat ‘Beras Frozen’, Lebih Mudah & Jimat Masa!

Buat para ibu yang memiliki bayi kecil, pasti agak runsing memikirkan resipi untuk hidangan si kecil. Lebih-lebih lagi hidangan untuk bayi yang baru mula makan solid food.

hui-sang-FKwGPzwaGqc-unsplash (1)

Kebiasaannya, bubur atau nasi lembik akan menjadi pilihan kerana mudah disediakan dan boleh diperasakan dengan pelbagai perisa.

 

Menurut perkongsian seorang wanita di laman Instagram dikenali sebagai Eqin ada berkongsi cara untuk membuat beras frozen sendiri di rumah.

Beras frozen lebih memudahkan mommies menghasilkan bubur untuk bayi tanpa menunggu dengan lama.

 

Caranya sangat mudah. Memang boleh DIY jerr!

  1. Pertama sekali, korang kena basuh beras dengan bersih.
  2. Isikan beras-beras tersebut dalam tray cube.
  3. Penuhkan tray cube dengan air.
  4. Simpan dalam peti ais di tempat sejuk beku.

 

Bila dah siap, bila-bila masa mommies nak guna, tinggal ambil dalam fridge dan panaskan bersama sup yang dah disediakan.

 

“Beras frozen ni bila kita masak bubur sangat cepat kembang dan lembut. So mommies tak perlu tunggu lama-lama,” ujar wanita itu.

 

Nak pilih makanan untuk bayi memang susah kerana ibu-ibu perlu berhati-hati dengan bahan yang digunakan tetapi itu tidak sepatutnya menjadi alasan!

 

Mommies boleh ikut cara yang dikongsikan tadi untuk lebih memudahkan dan mempercepatkan proses memasak makanan bayi korang. Selamat mencuba!

Post a Comment