Kak Bedah Ajar Cara Masak Kaki Lembu, Hasilnya Menggiurkan! – Manis Madu
Kak Bedah Ajar Cara Masak Kaki Lembu, Hasilnya Menggiurkan!

Kak Bedah Ajar Cara Masak Kaki Lembu, Hasilnya Menggiurkan!

Bahagian kaki haiwan seperti lembu, kambing dan lain-lain tidak terlalu menjadi pilihan orang ramai untuk dinikmati. Segelintir orang hanya membuang bahagian kaki tersebut atau memberinya kepada orang lain.

 

Namun, sebenarnya kaki haiwan boleh menjadi satu hidangan yang lazat kalau kena cara masaknya.

 

Menurut perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Kak Bedah di laman TikTok, ada berkongsi cara untuk memasak dan memproses kaki lembu daripada awal. Menarik prosesnya!

Pertama sekali, kaki lembu tersebut perlu dibakar di dalam api terlebih dahulu. Maduners boleh tengok video Kak Bedah untuk rujukan tau.

 

Kaki lembu berkenaan akan dibiarkan sehingga kulit dan bulunya terbakar dan sedikit hangus.

 

“Agak-agak kulit dia, bulu dia dah terbakar, dah hangus hampa boleh la keluarkan dia, lepas tu hampa kikis,” ujar Kak Bedah yang turut menyarankan aktiviti ini dilakukan di luar rumah untuk mengelakkan bersepah.

 

Cara seterusnya, korang perlu cungkil ‘kasut’ pada kaki lembu berkenaan dan diteruskan dengan mematahkan sendi kaki tersebut sebelum dipotong dua bahagian.

 

Menurut Kak Bedah, proses mencungkil ‘kasut’ itu tidaklah terlalu sukar kerana bahagian tersebut sudah hangus dan mudah dikeluarkan.

 

Setelah selesai, langkah seterusnya adalah mencuci potongan-potongan tersebut sebersihnya dan merebus selama 3 jam.

 

Bila dah selesai mencuci dan merebus hingga hilang bau, Kak Bedah meneruskan dengan proses memasak. Resipinya Anis dah ringkaskan seperti di bawah:

  • Serai
  • Lengkuas
  • 1 biji bawang besar
  • 15 biji cili api
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
  • Santan
  • Garam
  • Daun kunyit
  • Cili padi kecil

 

Cara penyediaan:

  1. Menggunakan periuk atau kuali yang sama ketika merebus tadi, masukkan serai dan lengkuas yang sudah diketuk.
  2. Kisar bahan-bahan seperti bawang besar, cili api dan kunyit hidup lalu masukkan ke dalam periuk.
  3. Kacau sebati dan pastikan bahan-bahan tadi sudah masak sepenuhnya sebelum memasukkan santan.
  4. Bila agak-agak dah masak, korang masukkan santan dan perasakan dengan garam.
  5. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan taburkan cili api kecil. Done!

 

Korang ada terbit keinginan nak mencuba tak? Hasil daripada resepi dan cara yang ditunjukkan Kak Bedah ini nampak menyelerakan betul. Lebih-lebih lagi tengok Kak Bedah makan di penghujung video, fuhh terbaik! Selamat mencuba Maduners!

Post a Comment