Prank Bos Mydin Hampir Kantoi! Nasib Baik Pemandu Pandai Coverline – Manis Madu
Prank Bos Mydin Hampir Kantoi! Nasib Baik Pemandu Pandai Coverline (1)

Prank Bos Mydin Hampir Kantoi! Nasib Baik Pemandu Pandai Coverline

Figura bernama Datuk Wira Haji Dr Ameer Ali Mydin bukan lagi sosok asing dalam masyarakat Malaysia. Siapa sahaja tak kenal Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd ini? Bukan sahaja terkenal dengan pemurah namun sikapnya yang ‘humble’ membuatkan dia semakin dikenali dan disayangi ramai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameer Ali Mydin (@ameermydin)

Baru-baru ini, tular di media sosial satu ‘komplot’ antara staff Mydin serta Datin Siti Hawa, isteri kepada Datuk Ameer yang melakukan prank terhadapnya sempena sambutan hari lahirnya.

 

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram, awalnya Datuk Ameer dan isterinya menaiki kereta menuju ke satu destinasi namun pemandu keretanya berkata kereta yang dinaiki terdapat kerosakan hingga terpaksa memberhentikan kereta di tepi jalan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MYDIN Malaysia (@mydinmalaysia)

Seketika kemudian, lori Mydin tiba di lokasi untuk mengambil Datuk Ameer dan isteri seperti yang dirancangkan. 

 

Meskipun prank tersebut hampir ‘kantoi’ apabila beliau menyedari terdapat kamera di dalam lori, namun jawapan balas pemandu lori membuatkan Datuk Ameer mengabaikan situasi itu.

 

Setibanya di Mydin, Datuk Ameer disambut dan diraikan dengan begitu meriah dengan tarian singa dan kehadiran pekerja-pekerja yang turut turun untuk meraikan hari ulang tahunnya.

 

Dalam video berkenaan, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membuat kejutan sempena sambutan ulang tahun kelahirannya dan meluahkan bahawa beliau tidak menyangka akan mendapat kejutan sedemikian.

 

Rata-rata warganet di ruangan komen meluahkan rasa kagum dengan sikap beliau yang tidak sombong dan begitu santai melayani kejutan yang disediakan untuknya.

 

Bukan itu sahaja, warganet turut memuji reaksi Datuk Ameer dan isterinya yang tidak merungut ketika kereta rosak dan perlu menaiki lori malah merasa ‘lucky’ kerana secara tiba-tiba ada lori yang boleh menumpangkan mereka.

Post a Comment