Filem Lightyear Dari Disney Dilarang Tayang Di 14 Negara Termasuk Malaysia! – Manis Madu
Filem Lightyear Dari Disney Dilarang Tayang Di 14 Negara Termasuk Malaysia!

Filem Lightyear Dari Disney Dilarang Tayang Di 14 Negara Termasuk Malaysia!

Siapa saja tak kenal dengan karakter Buzz Lightyear yang terkenal dalam filem Toy Story dari Disney. 

 

Pada tahun ini ada filem khas terbaru dari Disney bertajuk Lightyear akan ditayangkan namun terpalit kontroversi dan kini dilarang daripada ditayang di 14 buah negara termasuk Malaysia!

 

Antara negara lain yang dilarang tayang filem ini termasuki Arab Saudi, UEA, Kuwait, Malaysia dan Asia Barat dan beberapa negara lain kerana menampilkan adegan LGBT.

Adegan LGBT apa yang dimaksudkan? Ianya adegan ciuman diantara pasangan wanita sama jantina yang mana libatkan watak Alisha dan pasangannya yang menjadi sebuah keluarga bersama dan berciuman di bibir.

 

Awalnya adegan ini dipotong dari filem tersebut oleh Disney namun dikembalikan semula kerana animator Pixar berbicara menentang Disney dalam sebuah surat terbuka kerana memotong adegan tersebut. 

 

Sementara itu di Malaysia menerusi lembaga yang menapis filem iaitu Lembaga Penapis Filem (LPF) mengambil keputusan tegas terhadap filem ini kerana mengandungi elemen LGBT yang tidak bersesuaian dengan aturan undang-undang di Malaysia. 

 

Namun, terdapat ura-ura mengatakan sebelum melarang filem ini ditayangkan di Malaysia, LPF ada cuba menghubungi Disney untuk memotong adegan tersebut supaya filem tersebut masih boleh ditayangkan di Malaysia namun akhirnya LPF mengambil keputusan untuk masih melarang filem Lightyear ini ditayangkan.

 

Menurut Sindonews, LPF juga pernah melarang tayang filem seperti Rocketman, filem biografi Elton John yang dibintangi Taron Egerton dan Fantastic Beasts: Secrets of Dumbledore karena alur cerita LGBT.

Post a Comment