Duo Chef Popular Hasilkan Nuget Ayam Terbesar Dunia Seberat 20.96 KG! – Manis Madu
Duo Chef Popular Hasilkan Nuget Ayam Terbesar Dunia Seberat 20.96 KG!

Duo Chef Popular Hasilkan Nuget Ayam Terbesar Dunia Seberat 20.96 KG!

Duo masakan popular TikTok, Nick DiGiovanni dan Lynn ‘Lynja’ Davis mencatatkan Guinness World Records kedua mereka apabila memasak nuget ayam terbesar di dunia seberat 20.96 kilogram (kg), lapor agensi berita United Press International.

 

Rekod pertama duo cef selebriti itu dicipta pada November 2021 dengan menghasilkan pop kek terbesar.

 

Kini, mereka mencuba nasib untuk kali kedua dengan memasak nuget ayam memiliki saiz 115 kali ganda lebih besar daripada nuget biasa.

Pasangan chef itu berkata, mereka menggunakan beberapa bahan dalam hidangan tersebut termasuk 18kg ayam kisar, 40 biji telur, 40 keping roti putih, 1.8 liter susu, tiga perempat cawan serbuk bawang, tiga perempat cawan serbuk bawang putih, secawan garam dan setengah cawan lada hitam.

 

Nuget itu kemudian disapu dengan telur yang telah dipecahkan dan disalut serbuk roti sebelum dibakar.

 

“Bagi membakar nuget ayam ini, kami terpaksa membina sejenis peralatan memasak khas,” kata DiGiovanni.

 

Ketika proses menghasilkan nugget ayam terbesar itu, wakil Guinness World Record telah bersedia untuk mengesahkan rekod baharu itu.

 

Nugget itu kemudiannya dipotong menjadi beberapa bahagian dan dikongsi dengan rakan-rakan chef, keluarga dan anak kapal.

I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Post a Comment