Anak Mengamuk Depan Orang Ramai, Apa Ibu Bapa Perlu Buat? – Manis Madu
Anak Mengamuk Depan Orang Ramai, Apa Ibu Bapa Perlu Buat_

Anak Mengamuk Depan Orang Ramai, Apa Ibu Bapa Perlu Buat?

Gelaran ‘ibu’ buat seorang wanita bukan sembarangan gelaran. Ia datang dengan tanggungjawab, cabaran dan pengorbanan. Bukan senang!

 

Buat ibu-ibu, pasti tak akan lari daripada berdepan situasi anak tiba-tiba mengamuk, tantrum atau buat perangai. Memang buntu nak hadap lebih-lebih lagi jika berlaku di tempat umum! Akhirnya, para ibu tanpa sedar mendepankan emosi dan tersalah langkah ketika menyelesaikan ‘krisis’ ini.

 

Menurut hantaran daripada @bondaumirahtaib di laman TikTok, beliau ada berkongsi beberapa tips untuk para ibu menangani situasi ketika anak-anak tantrum atau mengamuk.

@bondaumirahtaib salah paling besar ibu ayah , waktu anak2 menangis/ marah adalah dgn menyuruh anak2 berhenti menangis / jgn marah. kita cuba hargai perasaan sedih atau marah yg ada dlm jiwa mereka, dan kita bantu uruskan sedih dan marah tersebut dgn ketenangan, bukan dgn kekasaran❤️ kerana anak2 kecil masih keliru dgn perasaan mereka pada masa2 tertentu, kita bantu mereka uruskan emosi dgn baik. #bondaumirahtaib #bondaayahparenting ♬ original sound – Umirah Taib

  1. Bawa dia ke tempat yang lebih tenang
    • Jika keadaan itu berlaku di khalayak ramai, adalah lebih baik untuk bawa anak jauh dari orang ramai dan ke tempat yang lebih tenang. Ini supaya kedua-duanya mempunyai ruang yang selesa untuk bertenang dan ditenangkan.
  1. Jangan ugut anak-anak
    • Elakkan ugut anak-anak seperti ‘kalau menangis, nanti hantu culik awak’, ‘menangis la lama-lama, nanti buta mata’ dan lain-lain. Sebaliknya, duduk sama ‘eye level’ dengan mereka sebagai tanda kita bersedia untuk mendengar dan berbincang.
  1. Jangan suruh anak berhenti menangis
    • Ini yang selalu sangat dilakukan ibu-ibu. Seeloknya, jangan suruh anak berhenti menangis tetapi ‘validate’ perasaan yang dirasai anak ketika itu. Contohnya, “Imah marah ya? Kenapa Imah marah? Sorry kalau bonda ada buat Imah marah okay?”
  1. Dukung atau peluk
    • Kalau anak-anak masih tidak berhenti menangis, teruskan pujuk dan tawarkan diri untuk dukung serta peluk mereka. Ucapkan kita sayangkan dia dan pujuk dengan kata-kata yang baik.

“Salah paling besar ibu ayah, waktu anak-anak menangis atau marah adalah dengan menyuruh mereka berhenti. Kita cuba hargai perasaan sedih atau marah yang ada dalam jiwa mereka, dan kita bantu uruskan dengan ketenangan dan bukan kekasaran.

 

Ini kerana anak-anak kecil masih keliru dengan perasaan mereka pada masa-masa tertentu, kita bantu mereka uruskan emosi dengan baik,” tambah Bonda Umirah lagi.

Di ruangan komen, kebanyakan para ibu mengakui bukan mudah mengaplikasikan tips yang diberi jika berada dalam situasi tersebut.

 

“Depan cermin boleh praktis macam ni sis tapi bila kena hari kejadian, terus saya jadi harimau jadian. Kadang tak terbendung marahnya,”

 

It’s not easy to being a mum. Tahap kesabaran maksimum yang sangat diperlukan waktu anak begini. Semoga kita boleh bersabar bila menjadi seorang ibu one day,”

 

Memang bukan mudah nak ikut cara ini tetapi tak salah kan untuk mencuba? Semoga semua ibu-ibu diberi kesabaran menghadapi kerenah anak-anak.

Post a Comment