Masukkan Zakar Dalam Mulut Wanita Hamil Ketika Pembedahan Caesarean, Pakar Bius Ditahan Polis! – Manis Madu
Masukkan Zakar Dalam Mulut Wanita Hamil Ketika Pembedahan Caesarean, Pakar Bius Ditahan Polis!

Masukkan Zakar Dalam Mulut Wanita Hamil Ketika Pembedahan Caesarean, Pakar Bius Ditahan Polis!

Kecoh diperkatakan di media sosial semalam tentang kelakuan seorang pakar perubatan yang melakukan perkara tidak senonoh ketika satu pembedahan caesarean melibatkan seorang wanita hamil di jalankan.

 

Giovanni Quintella Bezerra, seorang doktor pakar bius Brazil berusia 32 tahun itu disyaki merogol selepas dia memasukkan zakarnya ke dalam mulut mangsa yang telah dibius di Hospital Wanita di Sao Joao de Meriti, Rio de Janeiro.

 

Perbuatan kejinya itu dilakukan tanpa dia sedar perkara itu telah dirakam oleh kakitangan hospital. Susulan itu, Bezerra dilaporkan telah ditahan polis

Difahamkan, pakar bius tersebut baru sahaja menamatkan latihan perubatannya (anestesia) sekitar dua bulan lalu.

 

Salah seorang kakitangan yang membuat rakaman berkenaan berkata, dia terpaksa merakam video itu kerana merasa curiga dengan kelakuan doktor tersebut yang memberi dos bius terlalu tinggi kepada wanita yang bakal bersalin secara pembedahan caesarean tersebut.

giovanni-quintella-bezerra (1)

Tanpa disangka-sangka, dia begitu terkejut apabila mendapati Bezerra ‘menyerang’ ibu hamil berkenaan secara seksual dengan cara memasukkan zakarnya ke dalam mulut mangsa ketika doktor lain sibuk melakukan pembedahan terhadap pesakit.

Post a Comment