Ibu Mengandung Tak Boleh Pakai Inai? Dengar Penjelasan Doktor Pakar! – Manis Madu
Ibu Mengandung Tak Boleh Pakai Inai_ Dengar Penjelasan Doktor Pakar!

Ibu Mengandung Tak Boleh Pakai Inai? Dengar Penjelasan Doktor Pakar!

Penggunaan inai semakin mendapat tempat di hati ramai wanita. Pilihan warna yang pelbagai boleh dijadikan sebagai pengganti pewarna kuku dan lebih mudah digunakan.

 

Namun, pernah tak Maduners tertanya-tanya, adakah inai sesuai dipakai untuk ibu mengandung? Adakah pemakaian itu akan mempengaruhi kesihatan ibu atau bayi dalam kandungan? Jom dengar penjelasan doktor!

 

Menurut perkongsian seorang doktor melalui akaunnya di TikTok, beliau menjelaskan bahawa pemakaian inai sebenarnya tidak menjejaskan kesihatan ibu atau bayi yang dikandung.

@drirmaizzati Replying to @jimingyuhanihae mengandung tak boleh pakai inai? Inai dari @inainunha_hq #tiktokdoc #doktortiktok #learnontiktok #tiktokguru ♬ original sound – dr irma

“Okay dia takde direct kata memudaratkan. Tak, inai ni daun je dia bagi warna kat kuku. Takde apa yang extra macam boleh menjejaskan bayi, tak…

 

“Cumanya dia menganggu para doktor atau nurse nak detect initial assessment kita panggil. Detect benda yang bahaya,” ujar Doktor Irma.

 

Antara perkara yang boleh terganggu dengan pemakaian inai adalah ketika para doktor atau nurse nak memeriksa tanda kurang oksigen dalam darah (peripheral cyanosis), tanda anemia dan tahap dehidrasi ibu mengandung di awal kandungan.

 

Semua gejala ini boleh dikenal pasti melalui warna atau hasil pemeriksaan di kuku. Jika kuku dengan pemakaian inai, agak susah untuk para petugas memeriksa dengan baik.

 

Haa, so untuk ibu mengandung boleh jerr pakai inai tapi akan menyukarkan pemeriksaan tertentu oleh doktor atau nurse.

Post a Comment