Gelagat Kanak-Kanak Perempuan Salam ‘Boyfriend’ Sebelum Balik, Ada Juga Makcik Bawang Bitter! – Manis Madu
Gelagat Kanak-Kanak Perempuan Salam ‘Boyfriend’ Sebelum Balik, Ada Juga Makcik Bawang Bitter!

Gelagat Kanak-Kanak Perempuan Salam ‘Boyfriend’ Sebelum Balik, Ada Juga Makcik Bawang Bitter!

Tular di laman TikTok, gelagat seorang kanak-kanak perempuan yang bersalam bersama ‘boyfriend’ nya terlebih dahulu sebelum pulang mengundang pelbagai reaksi netizen.

 

Video yang dirakam dari dalam kereta itu menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan sedang bersalaman dengan seorang lagi kanak-kanak lelaki melalui pagar sekolah.

@azwnrsmn Kemain anak aku..salam boy friend dlu baru masuk kreta..mak kau tunggu 10 minit ek utk drama ni 🙄 #fypdongggggggg #foryoupage ♬ original sound – Bubih

“Kemain anak aku, salam boyfriend dulu baru masuk kereta. Mak kau tunggu 10 minit ek untuk drama ni,” ujar ibu kanak-kanak tersebut.

 

Menyedari gelagat anaknya mendapat kritikan daripada segelintir netizen, ibunya menjelaskan bahawa situasi ini adalah perkara biasa dalam pergaulan kanak-kanak berusia 6 tahun.

 

Chill semua, biasa la kawan-kawan macam ni. Diorang best friend dekat sekolah. Ramai lagi group diorang sebenarnya. Budak-budak prasekolah.

 

“Takde mak yang sengaja nak biar anak bergaul bebas. Ini moment terkejut (secara tak sengaja), tak sangka pun. Budak baru umur 6 tahun, dah kena bebel dah pun walaupun kecik lagi,” ujar ibunya.

 

Namun, tidak kurang juga yang terhibur dan menyifatkan situasi itu comel dan lucu selain memahami situasi berkenaan adalah perkara biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak.

 

“Cinta terhalang oleh pagar besi sekolah,”

 

“Abi, umi balik dulu ek.”

 

“Hahahaha so cuteee,”

 

“Hormat sikit orang single dik,”

 

“Kasih sayang sesama budak-budak memang ikhlas. Anak saya pun yang berusia 3 tahun, kalau tak boleh ‘bye bye’ kawan-kawan dia masa pulang dari taska, dia akan sedih,”

 

Kecik besar, kecik besar jerr ibunya kena sidai dengan anak siap kena tengok ‘drama’ dari dalam kereta. Biasalah, gelagat budak-budak lepas balik dari sekolah.

Post a Comment