“Ohhhh Baru Tahu”, Rupanya Ramai Sedar Fungsi ‘Tactile’ Penunjuk Perjalanan Selamat Untuk Orang Buta – Manis Madu
“Ohhhh Baru Tahu”, Rupanya Ramai Sedar Fungsi ‘Tactile’ Penunjuk Perjalanan Selamat Untuk Orang Buta

“Ohhhh Baru Tahu”, Rupanya Ramai Sedar Fungsi ‘Tactile’ Penunjuk Perjalanan Selamat Untuk Orang Buta

Perasan tak, jika berjalan di dalam pusat membeli belah, stesen bas atau mana-mana tempat awam, pasti akan ada sejenis ‘tile’ yang berbeza sepanjang jalan. Kebiasaannya berwarna kuning dan sedikit berbonggol.

 

Maduners tahu tak, sebenarnya lantai seperti itu mempunyai fungsi khas dan amat penting buat golongan cacat penglihatan.

 

Menurut perkongsian seorang wanita dikenali sebagai @nadiatul_farhana di laman TikTok, lantai itu dikenali sebagai “tactile guidance surface indicator” dan berfungsi sebagai penunjuk arah perjalanan yang selamat kepada orang buta.

“Yang bulat-bulat tu ‘warning tile’. Yang panjang-panjang tu, ‘directional tile’, jelasnya dalam video berkenaan.

 

Dalam video tersebut juga, Nadiatul menyeru semua rakyat Malaysia untuk menjadi masyarakat prihatin dengan tidak meletakkan kenderaan pada laluan tersebut dan jika ternampak halangan, bantu untuk alihkan.

 

“Meletakkan halangan di laluan ini akan membahayakan orang buta yang melaluinya. Kalau ternampak halangan, bantu alihkan ya.

 

“Suami saya pernah tersandung palang konkrit yang patah di laluan tactile. Benjol kepalanya,”

 

Haa, buat korang yang baru tahu tentang fungsi lantai ini, harapnya lepas ini boleh sama-sama jadi masyarakat prihatin ya!

Post a Comment