Mood Kelaut Bila Bibir Kering, Ikuti 5 Tips Ini Untuk Kembalikan Senyuman Menawan! – Manis Madu
TITLE Mood Kelaut Bila Bibir Kering, Ikuti 5 Tips Ini Untuk Kembalikan Senyuman Menawan!

Mood Kelaut Bila Bibir Kering, Ikuti 5 Tips Ini Untuk Kembalikan Senyuman Menawan!

Bahagian bibir merupakan antara bahagian paling penting untuk diberi perhatian memandangkan bahagian ini akan menampilkan keserian wajah. Senyuman manis yang terukir daripada bibir yang lembab dan sihat itu juga menjadi titik tumpuan bagi seorang wanita.

Masalah bibir kering dan pecah sering juga terjadi dalam kalangan kaum wanita. Lebih teruk lagi kalau bibir sampai luka dan berdarah. Nak makan pun susah! Bila masalah bibir kering dan pecah terjadi, bukan setakat nak makan, nak senyum pun mood terus hilang ke Laut Cina Selatan! Makin nak senyum lebar, makin sakit jadinya.

 

Lazimnya, antara penyebab bibir menjadi kering, merekah hingga pecah adalah disebabkan cuaca dan suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk, dehydration, bernafas melalui mulut, kerap makan makanan yang berasid, masin atau pedas, menghidap penyakit tertentu dan lain-lain.

 

Bila bibir dah jadi kering sampai berdarah-darah begini, mesti korang akan tercari-cari cara untuk pulihkan kembali bibir yang sedang bermasalah itu kan? Worry not! Di bawah ini Anis kongsikan lima tips penjagaan bibir agar korang dapat bibir yang sihat dan boleh ukir senyuman yang menawan dan menggoda. Gitcheww!

 

Kerap minum air putih

Minum air yang mencukupi setiap hari. Langkah ini boleh membantu mencegah berlakunya hidrasi yang akan menyebabkan masalah bibir kering. Selain boleh bantu elakkan bibir kering, minum air putih dengan kerap juga boleh membantu mengurangkan risiko masalah kesihatan lain juga.

Kurangkan Makanan Yang Boleh Keringkan Bibir

Untuk pengetahuan Maduners, terdapat beberapa kajian menunjukkan sebahagian makanan boleh menyebabkan phototoxicity yang mana boleh menjadi punca bibir korang terlampau sensitif terhadap cahaya matahari. Bila terdedah kepada cahaya matahari, bibir mudah melepuh dan kering.

 

Buah-buahan jenis sitrus, beberapa jenis minyak masakan dan beberapa jenis ubat-ubatan kadang-kadang boleh menyebabkan bibir kering dan melepuh.

 

Lebihkan Makan Buah-Buahan Dan Sayuran

Pilih buah-buahan dan sayuran yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral. Korang juga boleh amalkan makan makanan sihat (healthy diet) untuk membantu pulihkan keadaan bibir korang.

Rajinkan Diri Scrub Bibir

Part ini mesti ramai yang ambil ringan kan? Sebenarnya scrub bibir sama penting dengan scrub muka tau! Tujuan scrub ini adalah untuk melembabkan bibir korang dan produk scrub bibir mengandungi bahan seperti wax, minyak dan butter.

Tekstur lip scrub memang agak kasar jika dipegang tetapi sebenarnya sangat membantu untuk menghilangkan sel-sel kulit mati pada bibir. Sekarang, sudah banyak pelbagai jenis dan jenama lip scrub dijual di pasaran. Macam-macam perisa juga tau contohnya seperti perisa cotton candy, buah-buahan dan juga bunga-bungaan.

 

Sapu Pelembab Pada Bibir

Tip yang terakhir ini juga sangat penting. Jangan skip tau! Amat penting untuk korang sentiasa oleskan pelembab bibir atau lip balm untuk memastikan bibir sentiasa lembap dan segar. Lip balm juga sudah banyak dijual di pasaran. Tinggal pilih jerr!

Selain lip balm, korang juga boleh memilih ejen pelembab lain untuk di sapu di bibir seperti madu, aloe vera, minyak semula jadi antaranya minyak badam, minyak kelapa dara dan lain-lain bahan yang bersesuaian.

Harapnya tips ini boleh membantu selesaikan masalah bibir kering dan mengembalikan keyakinan korang. Bila bibir sihat, boleh senyum lebar-lebar dan indah!

Post a Comment