Sistem Hauk! Peminat Kecewa Tiket Sampai RM500 Tapi Kelibat Billie Eilish Pun Tak Nampak – Manis Madu
Sistem Hauk! Peminat Kecewa Tiket Sampai RM500 Tapi Kelibat Billie Eilish Pun Tak Nampak

Sistem Hauk! Peminat Kecewa Tiket Sampai RM500 Tapi Kelibat Billie Eilish Pun Tak Nampak

Rasanya semua sudah sedia maklum, penyanyi antarabangsa terkenal, Billie Eilish telah mengadakan persembahan buat julung kalinya di Malaysia dalam siri konsert ‘Happier Than Ever World Tour’ yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BILLIE EILISH (@billieeilish)

Boleh dikatakan, sambutan yang sangat memberangsangkan diterima mengenai konsert itu apabila dikhabarkan para peminat berduyun-duyun hadir bagi menyaksikan sendiri penyanyi berkenaan beraksi di atas pentas termasuk golongan selebriti dan influencer.

 

Namun, selepas konsert tersebut berlangsung, tular di rata-rata media sosial keluhan dan kritikan netizen yang tidak berpuas hati dengan sistem pengurusan dari awal hingga akhir konsert berkenaan berlangsung.

 

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming dalam ciapan di Twitter menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kualiti sistem audio di konsert berkenaan dan mendakwa perkara itu sangat menyedihkan kerana dia dan rakan-rakan tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang disampaikan Billie di atas pentas.

Malah, kedudukan pentas yang sangat jauh juga membuatkan peminat yang hadir berasa tidak puas hati serta ‘layout’ pentas juga sangat berbeza dari realiti seperti yang dimaklumkan penganjur sebelum ini.

 

“Beli Cat 2 yang harga dia RM5++ sebab tu antara seated yang paling dekat dengan stage la kan. Sekali jauh, dah la tak bawa teropong. Rasa macam tengok bola ya,”

 

Selain itu, rata-rata peminat yang hadir juga berkata mereka merasa tertipu memandangkan bayaran tiket masuk ke konsert itu mencecah ratusan ringgit namun apa yang mereka dapat tidak setimpal dengan wang yang dibayar.

 

Aduhai, harap bersabar ye peminat Billie Eilish!

Post a Comment