Mencecah Ratusan Ribu Ringgit, Ini Sebabnya Kenapa Harga Kaviar Mahal! – Manis Madu
Mencecah Ratusan Ribu Ringgit, Ini Sebabnya Kenapa Harga Kaviar Mahal!

Mencecah Ratusan Ribu Ringgit, Ini Sebabnya Kenapa Harga Kaviar Mahal!

Pencinta makanan pasti tahu tentang kewujudan sejenis ‘makanan kayangan’ iaitu telur ikan atau lebih dikenali sebagai kaviar. Kaviar merupakan telur ikan sturgeon yang terkenal dengan harganya yang mahal. Oleh kerana itu makanan ini mendapat julukan ‘makanan kayangan’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CUBER.DELI (@cuber.deli)

Kaviar dihasilkan daripada telur Ikan Sturgeon Bintang atau nama saintifiknya Acipenser Stellatus. Ikan ini berasal dari Laut Hitam atau Laut Kaspia yang terletak antara Eropah dan Asia. Hidupan laut ini merupakan ikan jenis air masin yang ‘bermigrasi’ ke air tawar hanya untuk bertelur. 

 

Kaviar memiliki bentuk, warna bahkan rasa yang mirip dengan telur ikan yang biasa ditemui di Jepun tetapi kaviar ternyata berbeza dengan telur ikan yang lainnya. Salah satu yang membezakan adalah pada harga.

 

Kalau Maduners nak tahu, secara umumnya kaviar dengan berat sekitar 30g dijual dengan harga RM460 hingga RM1034! Bahkan, pernah dikhabarkan Kaviar Almas yang berasal dari Iran pernah dijual dengan harga $25,000 atau kira-kira RM111,275 per kilo. Sungguh luar biasa harganya kan?

Harga kaviar seperti yang disebutkan tadi yang membuatkan makanan ini masuk dalam antara senarai makanan termahal di dunia. Harga ini juga membuatkan ramai orang tertanya-tanya apakah punca telur ini dijual dengan harga yang sangat mahal? Jom baca penjelasannya!

 

  1. Tempoh Penghasilan

Kalau Maduners nak tahu, tempoh menghasilkan kaviar merupakan salah satu faktor yang membuatkan harga makanan ini mahal. Satu ekor ikan sturgeon betina difahamkan memerlukan waktu sekitar 10 hingga 15 tahun untuk menghasilkan telur yang berkualiti. Bahkan ada beberapa kes, ikan ini memerlukan waktu sehingga 20 tahun lamanya!

 

Tak hairan kalau harganya mahal, nak tunggu dapatkan telur yang berkualiti pun perlukan belasan hingga puluhan tahun.

 

  1. Proses Pengolahan Yang Rumit

Proses pengolahan lain bagi menghasilkan kaviar yang berkualiti yang membuatkan kaviar dijual dengan ‘harga kayangan’. Untuk pengetahuan korang, jika ingin mendapatkan kaviar dengan kualiti terbaik, penternak kaviar perlu memberi perhatian kepada masa dan prosedur mengikut peruntukan. Proses ini yang menjadikan harga kaviar tidak murah!

 

  1. Permintaan Tinggi

Permintaan yang tinggi juga merupakan faktor lain yang membuat harga kaviar melambung tinggi. Hukum ekonomi mengajarkan, kadar permintaan dan penawaran yang tidak seimbang boleh mempengaruhi harga sesuatu barang. Dalam kes ini, kaviar sentiasa mendapat permintaan tinggi namun penawarannya rendah kerana kaviar jarang dijumpai.

 

Oooo, sekarang baru tahu kenapa kaviar sangat mahal harganya! Selain nak kena tunggu bertahun-tahun sebelum dapat kaviar yang betul-betul berkualiti.

Kaviar boleh dihidangkan bersama roti bakar dan keropok. Kebanyakan orang juga menambah beberapa krim segar, bawang cincang dan herba segar sebagai hiasan. Kaviar tidak boleh dihidangkan pada suhu bilik.

Post a Comment