Jantung Tersumbat Punca Arwah Abang Meninggal, Uyaina Arshad Titip Pesan Jangan Abai Pemeriksaan Kesihatan! – Manis Madu
Jantung Tersumbat Punca Arwah Abang Meninggal, Uyaina Arshad Titip Pesan Jangan Abai Pemeriksaan Kesihatan

Jantung Tersumbat Punca Arwah Abang Meninggal, Uyaina Arshad Titip Pesan Jangan Abai Pemeriksaan Kesihatan!

Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad, baru-baru ini memaklumkan berita duka mengenai abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair Arshad yang disahkan meninggal dunia akibat jantung tersumbat.

 

Susulan itu, Uyaina ada membuat satu siaran langsung di Instagram nya untuk berkongsi mengenai apa yang berlaku kepada arwah abangnya dan berkongsi sedikit sebanyak kesedaran mengenai masalah sakit jantung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Menurut siaran langsung berkenaan, Uyaina berkata arwah abangnya yang merupakan seorang doktor di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan itu merupakan seorang individu yang mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif bersukan.

 

“Arwah abang langsung tak ada simptom cuma dia pernah mengadu dekat Kak Tini (isteri arwah abang) dia sakit dada. Ini saya boleh katakan simptom-simptom awal untuk orang yang ada masalah jantung,” ujar Uyaina.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Ketika sesi tersebut, Uyaina dengan nada sebak berkongsi ilmu mengenai serangan jantung dan menurutnya, penyakit itu boleh berpunca daripada keturunan atau genetik keluarga.

 

“Tahun 2018, saya sendiri was diagnosed with two hearts condition. Yang pertama, Supraventricular Tachycardia (SVT) yang mana degup jantung saya laju. Yang kedua, Quadricuspid Aortic Valve (QAV) orang normal ada tiga tapi saya ada empat.

 

Mungkin berkaitan dengan kitorang, saya tak ada masalah lain cuma jantung termasuk abang saya. Keturunan atau genetik juga antara salah satu faktor tak boleh diubah yang meninggikan lagi risiko penyakit jantung.

 

Take note dekat situ. Keturunan atau genetik okay. Ia terutama jika membabitkan ibu bapa atau adik beradik yang terkena serangan jantung di usia muda,” katanya.

 

Justeru, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, mengingatkan orang ramai untuk melakukan pemeriksaan tubuh badan supaya tahu tahap kesihatan kerana meskipun sudah mengamalkan gaya hidup sihat atau aktif bersukan tidak menjamin seseorang itu bebas penyakit seperti arwah abangnya.

 

“Saya nak ingatkan kita semua sebenarnya, kita rasa macam muda lagi. Saya masa diagnos umur 27, abang sulung saya meninggal umur 35, kita semua kena beringat yang penyakit jantung atau apa sahaja penyakit atau ajal tak kenal usia.

 

Kita mungkin rasa kita amalkan gaya hidup sihat, kita aktif, kita rajin bersenam, kita jaga makan, tapi tolong pergi buat check-up, pergi jumpa doktor check darah, check satu tubuh badan kita,” tambah Uyaina lagi.

 

Betul apa yang Uyaina kongsikan! Serangan jantung atau apa saja jenis penyakit boleh menyerang tanpa mengira usia dan keadaan. Penting untuk kita sentiasa beringat ya!

Post a Comment