Kecewa Lihat Timbunan Sampah Sarap Selepas Perarakan Merdeka, Ramai Belum ‘Merdeka’ – Manis Madu
Kecewa Lihat Timbunan Sampah Sarap Selepas Perarakan Merdeka, Ramai Belum ‘Merdeka’

Kecewa Lihat Timbunan Sampah Sarap Selepas Perarakan Merdeka, Ramai Belum ‘Merdeka’

Umum mengetahui, semalam telah berlangsung Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

 

Susulan itu, sambutan yang sangat memberangsangkan daripada rakyat Malaysia apabila dilihat orang ramai berpusu-pusu hadir untuk menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan selepas dua tahun tidak diadakan berikutan virus Covid-19.

Boleh dikatakan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia membuak-buak apabila ada yang sanggup datang ke lokasi acara seawal jam 5 pagi.

 

Namun, di sebalik kemeriahan tersebut apa yang menyedihkan adalah sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan meninggalkan sampah merata-rata setelah selesai upacara perarakan.

 

Perkara ini dikongsikan menerusi satu ciapan di Twitter oleh seorang netizen yang menyuarakan rasa kecewa dengan sikap rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, selain sampah sarap yang ditinggalkan merata-rata, tumbuh-tumbuhan yang merupakan landskap perhiasan di kaki lima ibu kota juga musnah gara-gara dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

 

Dalam ciapan tersebut juga, pengguna berkenaan turut menyertakan beberapa keping gambar pekarangan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap. Memang betul-betul mengecewakan!

 

Pengguna berkenaan juga turut mendedahkan, meskipun sekitar jam 12 tengahari, dataran dipenuhi sampah namun pada sebelah petangnya sampah-sampah itu sudah dibersihkan oleh pekerja kebersihan. 

 

Tertanya-tanya juga, macam mana agaknya nak selesaikan masalah sikap suka buang sampah merata-rata ini ya? Sakit mata tengok!

Post a Comment