Mengidam Nak Naik Kereta Kebal, Usaha Si Ibu Dan Kerjasama Abang Askar Buat Ramai Sebak! – Manis Madu

Mengidam Nak Naik Kereta Kebal, Usaha Si Ibu Dan Kerjasama Abang Askar Buat Ramai Sebak!

Setiap ibu hamil, lazimnya pasti akan mengalami gejala mengidam semasa proses kehamilan. Seperti semua tahu, mengidam seorang ibu mengandung ini tidak sama. Mengidam yang menjadi kebiasaan adalah berkaitan dengan makanan seperti teringin nak makan itu dan ini.

 

Namun, ada juga ibu-ibu hamil yang mengidam benda yang luar biasa. Contohnya mengidam nak makan sabun, naik UFO, masuk bilik mayat dan banyak lagi.

 

Begitu juga yang berlaku kepada seorang ibu hamil yang mengalami mengidam luar biasa seperti dikongsi di laman TikTok.

 

Menurut satu hantaran yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @omma_ellysha76 yang dipercayai ibu kepada wanita hamil berkenaan berkongsi mengenai anaknya yang mengidam untuk naik kereta kebal milik Angkatan Tentera Malaysia.

@omma_ellysha76 part 1 alhamdulillah..walau sesat..dgn jalan bnyak yg tutup .kaki sampai jugak..dapat melalui info abam askar yg baik hati..semiga allah yg dapat membalasnya..#kuasaviraltiktok #angkatantenteramalaysia #tenteradaratmalaysia #fypシ #mengidamnaikkeretakebal #keretakebal @ainnursyafiera ♬ Lagu Sedih – Rusli Ridwan

Demi memenuhi permintaan puterinya, dia telah membawa anaknya itu ke Kem Angkatan Tentera Malaysia di Sungai Besi dan sanggup mengenepikan rasa malunya dengan meminta izin kepada anggota tentera yang berada di sana untuk menaiki kereta kebal tersebut.

 

Ujar wanita yang mesra dengan panggilan Omma ini, dia begitu memahami keadaan anaknya kerana dia sendiri pernah melalui fasa yang sedang dialami anak kesayangannya itu.

 

Nasib berpihak kepada mereka apabila pada akhirnya, atas budi bicara anggota tentera, mereka sekeluarga mendapat keizinan untuk menaiki kereta kebal dan dapat dilihat anaknya yang sedang hamil itu menangis kegembiraan kerana dapat melepaskan rasa mengidamnya selama ini.

 

Dalam video berkenaan juga, Omma memohon maaf jika tindakan mereka sebagai orang awam meminta untuk menaiki kereta kebal berkenaan salah di sisi undang-undang.

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dan sebak apabila melihat keinginan ibu hamil itu akhirnya tercapai.

 

“Kita pulak happy tengok dia dapat naik. Semoga dipermudahkan segala urusan,”

 

“Wahh, dah dapat naik. Alhamdulillah, rezeki. Nangis pulak saya tengok, sayu rasa,”

 

Bukan itu sahaja, netizen juga turut kagum dan memuji sikap anggota tentera yang memberikan keizinan serta sanggup mengemaskan dalaman kereta kebal itu demi memenuhi hasrat ibu mengandung yang mengidam.

 

“This is what we call budi bicara. Salute!”

 

“Terbaik abang askar! Semoga segalanya dipermudahkan urusan. Hanya Allah yang dapat balas,”

 

“Allahuakbar, rezeki kak. Sebak tengok. Terima kasih ATM Malaysia for making this as reality. Thank you mak abah, suami akak ni yang berjuang sekali,”

 

Rezeki akak ni dapat naik kereta kebal! Berkat usaha dan doa ibunya juga yang tak putus asa dan bersungguh-sungguh nak dapatkan keizinan. Terbaik!

Post a Comment