Cantik Sangat! Peserta Taekwondo Dari India Tiba-Tiba Minta Nak Bertudung, Tindakan Wanita Ini Buat Ramai Terharu
Satu video di laman TikTok mengenai seorang gadis warganegara India yang ingin memakai tudung ketika membuat persembahan poomsae pada kejohanan 5th Gewinn Unimap Malaysia Open International Taekwondo Championship menyentuh emosi warganet baru-baru ini.
Malah, ramai juga yang meluahkan rasa sebak kerana hasrat gadis tersebut turut direstui ibu dan bapanya.
Pemilik akaun @idaidzan berkongsi, ketika itu dia agak terkejut apabila diajukan sama ada mempunyai tudung lebih atau tidak dan tanpa lokek membantu menunaikan impian gadis berusia 16 tahun itu.
@idaidzanSemoga menjadi asbab kebaikan untuknya, Malaysian people very nice 🥰
“Masa husband tengah borak dengan seorang uncle (pemandu pelancong) team dari India. Datang seorang lelaki ni mai tanya ada tak sesiapa yang boleh pinjamkan tudung kat anak dia. Anak dia teringin sangat nak pakai tudung.
“Then husband tanya I, I terus gi ambik tudung dalam kereta. Kebetulan memang bawa lebih. Jadi saya putuskan untuk beri kepada gadis India tersebut. Wajah dia memang nampak happy sangat bila dapat pakai tudung,” cerita wanita itu.
Menganggap gadis itu ingin merasai pengalaman memakai tudung kerana kebanyakan penonton dan peserta yang hadir memakai tudung, Ida sekali lagi terkejut apabila tudung itu turut dikenakan ketika persembahan poomsae dilakukan.
“Memang tak sangka yang dia akan terus pakai masa dalam gelanggang. Rasa teruja sangat tengok imej dia begitu,” ujarnya.
Tambah Ida, dia juga menghadiahkan tudung tersebut kepada gadis itu untuk dibawa pulang dan tidak perlu memulangkannya kembali.
Untuk info, video yang dimuat naik wanita berkenaan tular di media sosial dan mendapat tontonan sebanyak 320,000 di laman TikTok.
Hantaran itu juga turut dibanjiri pujian dari warganet yang rata-rata memuji imej gadis India tersebut yang kelihatan cantik ketika bertudung serta tindakannya yang menyantuni hasrat gadis itu dengan sangat baik.
“Cantik dia pakai tudung, nampak manis,”
“Mashaallah, cantik dan manis je muka dia kenakan tudung,”
“Terharu dengan kedua-dua pihak. Syukur, suka, sporting, seronok, bahagia. Macam-macam perasaan ada,”
“Moga murah rezeki kakak sebab tunaikan hajat adik tu,”
Comel betul minta nak pakai tudung! Tahniah juga buat kakak yang pinjamkan dan siap pakaikan tudung. Respect and salute!