Yuran Tadika RM1.3 Juta? Wanita Kongsi Kos Tadika Antarabangsa Buat Netizen Melopong! – Manis Madu %
Yuran Tadika RM1.3 Juta? Wanita Kongsi Kos Tadika Antarabangsa Buat Netizen Melopong!

Yuran Tadika RM1.3 Juta? Wanita Kongsi Kos Tadika Antarabangsa Buat Netizen Melopong!

Sudah menjadi kewajipan bagi individu yang sudah bergelar ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Terutamanya dari segi pendidikan demi menjamin masa depan mereka yang lebih baik.

 

Oleh itu, tidak hairan jika ada pasangan yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk yuran sekolah, kelas tambahan dan lain-lain asalkan kanak-kanak itu mendapat pendidikan yang sempurna.

 

Contohnya seperti seorang wanita yang berkongsi videonya di laman TikTok dan tular kerana mendaftarkan anak lelakinya ke sekolah tadika antarabangsa.

@farahwen PART 1 : Worth it or not? 😍 #fyp ♬ Tiba-Tiba Speed Up – liriklaguツ

Madu boleh katakan, bila sebut sahaja perkataan ‘antarabangsa’ pun kita sudah boleh membayangkan kemudahan infrastruktur di tadika serba mewah dan lengkap setanding dengan yuran tahunan yang mahal dikenakan.

 

Menerusi video berkenaan, kos yang perlu dibayar wanita itu untuk pendidikan anaknya di tadika antarabangsa berkenaan adalah sebanyak RM1.3 juta! Meskipun begitu, dia sangat berpuas hati kerana anaknya belajar di tempat yang selesa dan serba lengkap.

 

Meninjau di ruangan komen, ada sesetengah netizen merasakan tidak berbaloi untuk wanita itu menghabiskan wang sebanyak itu demi menghantar anak ke tadika antarabangsa, sedangkan duit itu boleh disimpan untuk pendidikan anak di masa hadapan.

 

Dalam pada masa yang sama, ramai juga netizen yang menyebelahi tindakan wanita terbabit dan berkata, seandainya dia mampu untuk melabur duit sebanyak itu demi kebaikan anak, itu tidak menjadi sebarang masalah.

Post a Comment