Ramai Sangka Suami Wanita Ini Perempuan Gara-Gara Berwajah Feminin! – Manis Madu

Ramai Sangka Suami Wanita Ini Perempuan Gara-Gara Berwajah Feminin!

Jika Maduners masih ingat, sebelum ini kecoh diperkatakan tentang satu kisah viral di Indonesia melibatkan seorang wanita yang dilaporkan tanpa sedar telah mengahwini seorang wanita lain yang disangka lelaki tulen.

 

Kisah yang tular dan turut menjadi perbualan hangat di Malaysia ini juga telah membuatkan rata-rata netizen lebih berwaspada hingga baru-baru ini seorang wanita di laman TikTok juga turut terpalit selepas memuat naik video bersama suaminya.

@bebecat0one with my shuben sugar bb 🫶🏻

♬ Jimmy Cooks – Drake

Jelas wanita yang dikenali sebagai Nur Izza’ain, dia pada awalnya hanya sekadar suka-suka berkongsi video collage bersama suami yang baru dikahwininya 3 bulan lalu di laman TikTok.

 

Namun, dia tidak menyangka dan mengakui terkejut apabila ‘diserang’ netizen TikTok selepas memuat naik video itu kerana ramai yang membuat dakwaan bahawa suaminya seorang wanita kerana berwajah agak feminin.

 

Susulan itu, Izza segera memuat naik video penjelasan di TikTok dan memberitahu orang ramai bahawa suaminya memang seorang lelaki dan bernama Luqman.

@bebecat0 Replying to @pia🌙 ♬ original sound – 🌻

Malah Izza juga mengakui yang suaminya memang dilahirkan dengan wajah yang agak feminin.

 

Malah menerusi temubual dengan mStar, suami Izza, Muhammad Luqman, 26, juga mengakui sudah terbiasa dengan dakwaan liar seperti itu dan tidak tertekan dengan pertanyaan orang mengenai dirinya.

“Saya tak berasa tertekan sangat sebab dah biasa dengan perkara tu dan memang dah lalui. Cuma tak sangka pula sampai satu Malaysia pula yang tanya. 

 

“Sebab selalu saya pergi kerja tiada pula yang tanya saya ni perempuan ke lelaki,” katanya yang sudah bernikah dengan isteri pada 21 Mei 2022 lepas.

 

Mereka berdua pun dah tampil beri penjelasan, harapnya tak ada lagi yang cakap suami Izza seorang wanita. Tak baik tau!

Post a Comment