Cabaran Masak Ayam Dengan Ubat Batuk, FDA Sahkan ‘Sleepy Chicken’ Sangat Bahaya!
Cabaran baharu yang dinamakan sebagai ‘sleepy chicken’ sedang menjadi trend di platform TikTok yang mana memperlihatkan isi daging ayam akan dimasak menggunakan ubat tidur!
Bukan saja hilang selera, malah bila tahu ada masakan yang dimasak menggunakan ubat batuk pasti ramai yang sudah sedar tentang bahayanya perkara tersebut.
Rentetan itu, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) telah mengesahkan bahawa cabaran ‘sleepy chicken’ ini sangat berbahaya.
Difahamkan, trend tersebut merupakan cabaran buat warganet untuk memasak ayam dalam cairan ubat batuk NyQuil, yang mana mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine, serta beberapa jenis ubat batuk lain.
Ubat yang didihkan sekali bersama dengan ayam itu akan berubah menjadi pekat dan sifatnya akan berubah.
Tambahan pihak FDA lagi, biarpun tidak memakan masakan tersebut, dengan hanya menyedut wap masakan itu boleh menyebabkan tahap ubat yang tinggi memasuki badan dan membahayakan paru-paru.
Untuk info, ini bukanlah kali pertama FDA mengeluarkan amaran mengenai penggunaan ubat dalam masakan malah pada September 2020, cabaran Benadryl yang telah menyebabkan beberapa orang remaja dimasukkan ke hospital malah ada yang meninggal dunia.