‘Rahsia’ Kejelitaan Sarimah Ibrahim Kini Bukan Lagi Rahsia!
Baru-baru ini, kemunculan istimewa selebriti, Yang Mulia Che Puan Sarimah Binti Ibrahim ketika persembahan pembukaan program nyanyian Gegar Vaganza musim ke-9 2022 (GV9) telah mendapat perhatian orang ramai.
View this post on Instagram
Menerusi beberapa hantaran di kebanyakan laman sosial, rata-rata penonton memuji kecantikan dimiliki Sarimah meskipun usianya sudah mencecah 42 tahun. Awet muda betul!
Bukan itu sahaja, terdapat segelintir netizen yang berseloroh dengan menyamakan Sarimah dengan ‘vampire’ kerana seakan tidak menua sama sekali dan kekal awet muda hingga sekarang.
Namun begitu, Sarimah menyangkal dakwaan vampire tersebut dengan mengatakan yang dia tak suka tengok darah.
Omg 🤣👻😃 Nooo i dont like seeing blood 🤣🤣🤣❤️🤲🏻💃 https://t.co/YwLa2uoxp4
— Sarimah Ibrahim (@sarimahi) September 26, 2022
Sehubungan dengan itu, seorang pengguna Twitter telah bertanya kepada Sarimah agar berkongsi tips dan memintanya berkongsi rutin penjagaan kulit muka.
Tampil memberi maklum balas di laman Twitter, Sarimah mendedahkan salah satu rutin kecantikannya adalah meminum air kosong sebanyak dua liter setiap hari untuk kekal awet muda.
“2 litres of plan water. Everyday. One oatmilk latte before cardio. 40mins cardio kaw kaw. Sleep 7 hours. Pray,” tulisnya.
View this post on Instagram
Tambah pengacara The Sarimah Show itu lagi, dia turut mengamalkan pernafasan dalam sehingga ke dasar perut dan tidak memakai foundation untuk kebanyakkan hari.
2 litres of plan water. Everyday. One oatmilk latte before cardio. 40mins cardio kaw kaw. Sleep 7 hours. Pray. Breathe deep into your lower stomach. Dont wear foundation most days. Wash face every night before bed. Use loadsss of SPF 50 plus. ❤️
— Sarimah Ibrahim (@sarimahi) September 26, 2022
“Breathe deep into your lower stomach. Don’t wear foundation most days. Wash face every night before bed. Use loadsss of SPF 50 plus,” tambahnya lagi.
Simple sahaja rupanya rutin penjagaan kulit muka dan badannya. Apa yang pasti, nak dapatkan hasil begini perlu dilakukan dengan konsisten dan disiplin ya!