Influencer Muat Naik Video Pakai Tudung Tapi Nampak Sports Bra, Ruangan Komen Penuh Komen Sindiran Dan Lucah! – Manis Madu

Influencer Muat Naik Video Pakai Tudung Tapi Nampak Sports Bra, Ruangan Komen Penuh Komen Sindiran Dan Lucah!

Pempengaruh media sosial, Sabrina Azhar sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila kelihatan memakai baju nipis hingga menampakkan sports bra.

 

Menerusi satu video yang dimuat naik sendiri oleh Sabrina di akaun TikTok miliknya, kelihatan gadis itu memaparkan dirinya memakai hoodie berwarna kelabu sebelum mengenakan jaket yang dipadankan dengan t-shirt putih nipis di bahagian dalam.

Susulan hantaran video tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang serta berharap Sabrina kekal istiqamah serta tidak terlalu terikut-ikut dengan budaya luar.

 

“Keep istiqomah sis,”

 

“Stay istiqamah kak,”

 

“Tak perlu try hard ikut budaya luar sis!”

 

“Ya Allah, anda semua beri nasihat yang baik² ye tidak perlu smpai menghina. Sab semangat untuk berubah,”

 

Netizen juga berpendapat, gadis ini mengalami kejutan budaya kerana menyambung pelajaran di negara Korea Selatan

 

“Budak culture shock,”

 

Tidak kurang juga, ruangan komen pada video terbabit dipenuhi dengan komen-komen negatif termasuk komen memerli dan lucah terhadap penampilannya.

 

“Alhamdulillah, sikit-sikit dah nampak Korea dia. New achievement,”

 

“Rezeki hari Rabu,”

 

“Sikit masa lagi guys! Sabarrrrr,”

 

Are you a Muslim?

 

Sekadar info, Sabrina sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pandangan sebagai gadis berhijab yang suka menari dalam temu bual platform antarabangsa BBC World Service.

 

Nak menegur jangan sampai menghina gais! Kita tak tahu pengakhiran seseorang. Boleh jadi sekarang kita nampak dia begitu tetapi pengakhirannya mungkin lebih baik dari kita. Doakan yang baik-baik saja ya!

Post a Comment