Kebakaran berlaku di Chiang Mai, Thailand
Adakah Maduners tahu tentang pembakaran yang baru-baru ni terjadi di Thailand? Di Utara Thailand telah tercetusnya pembakaran hutan di Chiang Mai’s Doi Suthep-Pui National Park. Bahan zarahan habuk iaitu PM2.5 naik sehingga 925 mikrogram setiap meter padu di kawasan tersebut.
Suhu meningkat naik sehingga 40 darjah celcius dan keadaan cuaca yang panas tiada hujan, menyebabkan pembakaran di kawasan itu mengambil masa yang lama untuk dipadamkan. Jika pembakaran ini tidak dipadamkan, nyawa rakyat di sana dalam bahaya kerana di kawasan itu, terdapat kawasan perumahan dan juga kuil.
Sumber Gambar: TheThaiger.com
Banyak haiwan yang telah terkorban dan tanaman rosak disebabkan pembakaran tersebut. Madu sedih hati melihat keadaan mereka begitu.
Sumber Gambar: Facebook
Walaupun wabak covid-19 masih lagi merebak, ratusan pegawai dan tentera turun ke taman untuk memadamkan api yang membara dengan menaiki helicopter. Mereka mengambil masa 14 jam untuk memadamkannya kerana Chiang Mai’s Doi Suthep-Pui National Park sangat luas kawasannya.
Pegawai-pegawai tempatan mengatakan pembakaran itu telah dikendalikan, tetapi pencemaran udara berterusan dengan lebih banyak asap dari kebakaran yang membakar di kawasan itu sehinggalah ke utara di negara jiran Myanmar.
Sumber Gambar: TheThaiger.com
Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha bimbang akan kesihatan disebabkan oleh kebakaran, terutama sekali orang tua dan kanak-kanak. Dia meminta rakyat untuk tidak keluar rumah kerana asap dan kualiti udara yang buruk masih melanda di sana. Beliau juga akan berkolaborasi dengan Myanmmar untuk mengatasi masalah ini kerana asapnya sudah tersebar ke negara mereka juga.
Madu harap masalah ini dapat dibendung dan semoga rakyat Thailand di sana selamat dari pencemaran udara dan juga wabak Covid-19. Stay home and Stay Safe!
Sumber (Featured Image): Chiang Mai Volunteer Drone Team