Covid-19: 2 Bangunan Lagi Dilaksanakan PKPD – Manis Madu

Covid-19: 2 Bangunan Lagi Dilaksanakan PKPD

Pengumuman baru daripada kerajaan mengenai krisis Covid-19 iaitu tambahan sebuah kawasan lagi yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 7 April 2020.

Sumber Gambar:  SinChew

Akibat daripada tindakan PKPD tersebut, dua bangunan yang terletak di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur telah ditutup sepenuhnya iaitu Bangunan Selangor Mansion dan juga Bangunan Malayan Mansion.

 

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan pelaksanaan PKPD di kawasan tersebut adalah berpunca daripada 15 orang awam yang disahkan positif wabak Covid-19 di kawasan itu (7 April 2020).

Sumber Gambar: Astro Awani

Maka pelaksanaan PKPD adalah wajib dilakukan bagi memastikan tiada orang awam lain yang bermungkinan dijangkiti virus di kawasan tersebut.

Sumber Gambar: SinChew

Mengikut maklumat yang diperolehi daripada The Star, kawasan tersebut telah dipasang pagar berdawai pada pukul 1.30 petang oleh pihak berkuasa.

 

Sumber daripada Astro Awani, ini antara arahan yang ditetapkan dalam pelaksanaan perintah PKPD di beberapa kawasan hangat Covid-19.

 

  1. Tempoh perintah dikuatkuasakan.
  2. Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut/ sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan
  3. Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan di bangunan tersebut
  4. Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar dan diambil di tempat yang ditetapkan.
  5. Pangkalan Perubatan dibuka di kawasan PKPD. Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.
  6. Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang.
  7. Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Post a Comment