BTS BANG BANG CON In-home concert untuk ARMY menonton pada hujung minggu ni!! – Manis Madu

BTS BANG BANG CON In-home concert untuk ARMY menonton pada hujung minggu ni!!

Anyeonghaseyo ARMY!!! Adakah anda bersedia melihat ahli BTS (Jin, Jimin, Suga, V, Rap Monster, Jungkook dan J-hope) yang akan bersiaran langsung pada 18hb dan 19hb April 2020 minggu ni?? Madu sudah bersiap sedia dah ni hehehe…

Akhirnya, BTS akan melancarkan in-home concert yang bertajuk “BANG BANG CON” di BANGTAN TV Youtube Channel! Konsert ini akan menampilkan live concert bersiri BTS sebelum ini kepada ARMY yang tersayang!

Sepatutnya, BTS melancarkan konsert terbarunya dia Seoul Olympic Stadium. Oleh sebab wabak covid-19 yang masih merebak di seluruh negara, mereka terpaksa membatalkan konsert ini.

Walaupun begitu, BTS yang mempunyai 7 ahli dalam kumpulan kpop ini sangat aktif bersama ARMY. Salah satu daripadanya ialah BTS telah melancarkan siri  web mingguan untuk ARMY belajar bahasa Korea dengan Big Hit Entertainment. Sweet betul mereka semua niii!!

Sumber Gambar: Allkpop.com

Pastikan Maduners set the date pada 18 & 19 April ni kalau tak nak terlepas melihat mereka di atas pentas sekali lagi! Mari tonton BTS bersama ARMY!!! Let’s get it!!

Post a Comment