Penyediaan Berbuka Puasa Semasa Tempoh PKP – Manis Madu

Penyediaan Berbuka Puasa Semasa Tempoh PKP

Salam Ramadhan Al Mubarak Maduners! Bulan puasa yang kita nantikan-nantikan sudahpun tiba! Dengan kewujudan Covid-19 di seluruh negara, pastikan Maduners mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah kerajaan sediakan untuk Maduners.

 

Disebabkan Maduners bagus duduk kat rumah semasa tempoh PKP ni, Madu akan berikan tips untuk Maduners bersedia berbuka puasa.

Minum air panas baru air sejuk

Sumber Gambar: John-Mark Smith

Tiba masanya untuk kita berbuka puasa dan air yang akan Maduners target dulu betul tak? Haa.. Madu sarankan Maduners minum air panas terlebih dahulu sebelum air sejuk. Kalau tak perut Maduners mungkin akan terasa kenyang sebelum nak makan apa-apa.

Makan kurma atau buah dulu

Jangan terkejutkan perut Maduners dengan nasi dan lauk pauk dulu. Amalkan memakan makanan yang manis seperti kurma dan buah untuk pembuka selera. Jadi Maduners tak delah rasa macam nak pergi ke tandas je.

Makan sedikit sebelum solat Maghrib

Kebanyakan Maduners kalau nampak makanan dihidang atas meja terus makan tak ingat dunia kan? Madu pun begitu. Apa kata kita semua makan dalam kuantiti yang sedikit dulu kemudian kita menunaikan solat Maghrib. Sekurangnya Maduners tak payahlah nak tunggu makanan turun lepas tu solat.

Makan berpada-pada jangan gelojoh

via Giphy

Terutama sekali budak-budak. Mereka suka makan gelojoh bila nampak makanan dihidang atas meja. Madu nasihatkan Maduners yang digelar ibu untuk menunjukkan cara yang betul ketika hendak berbuka puasa. Nampak diaorang makan banyak memang buat hati ibu ni gembira tetapi pada masa yang sama kita juga kena pantau pemakanan mereka okay!

Ada makanan lebih jangan dibuang, simpan untuk sahur nanti.

 

Jadi Maduners tak payahlah nak fikir sebelum tidur tu nak makan apa untuk sahur. Korang panaskan je lauk tu. Tak baik buang makanan di bulan penuh berkah ini.

 

Harap tips-tips ini dapat membantu Maduners dalam mengharungi bulan puasa pada tahun 2020. Madu ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslim yang berpuasa dan sentiasa jaga diri Maduners untuk tempoh PKP ini!

Post a Comment