7 Rahsia Kurus Tanpa Berlapar – Manis Madu

7 Rahsia Kurus Tanpa Berlapar

Mesti ramai Maduners yang kerap ke dapur sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ulang-ulang dapur mencari makanan disebabkan bosan dan lapar.

 

Apabila Maduners sudah kekenyangan mesti risau tentang berat badan Maduners tapi Madu nak kongsi dengan Maduners 7 rahsia kurus tanpa berlapar yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

1. Separuh Pinggan Sayur & Buah-buahan

Rahsia pertama untuk membolehkan Maduners kurus tanpa berlapar adalah dengan memastikan separuh daripada pinggan makanan Maduners adalah sayur dan buah-buahan.

 

Maduners harus memastikan apabila waktu makan tiba, dua jenis makanan ini berada di pinggan Maduners agar dapat diet yang seimbang.

2. Tinggi Serat

Kalau Maduners nak tahu, sejak PKP ini Madu dah gantikan nasi dengan oats yang mana merupakan pilihan yang lebih sihat dan tinggi serat.

 

Oat juga menggandungi kadar serat yang lebih tinggi berbanding beras perang dan nasi putih.

3. Mulakan Dengan Sup, Salad & Buah

Antara rahsia atau tips yang kurang diberi perhatian oleh orang ramai.

 

Kalau Maduners mulakan makan dengan salad buah-buahan, perkara ini akan bantu Maduners untuk rasa kenyang dengan lebih cepat yang mana Maduners tidak akan makan secara berlebihan sewaktu makan hidangan utama.

4. Sumber Protein

Sumber Gambar: Flavcity.com

Madu tahu Maduners mesti nak cepat turunkan berat dan kuruskan badan tetapi kalau tidak mengambil sumber protein yang secukupnya, Maduners akan cepat berasa letih.

 

Antara jenis sumber terbaik adalah seperti ikan, daging dan ayam. Untuk protein seperti ayam, Maduner boleh pilih dengan bijak bahagian yang tidak mempunyai komposisi lemak yang tinggi seperti bahagian dada ayam.

5. Saiz Pinggan

Ini antara helah yang Madu gunakan untuk tipu minda Madu. Saiz pinggan memainkan peranan penting bagi memastikan Maduners tidak mengambil makanan secara berlebihan.

 

Apabila Maduners gunakan pinggan yang besar, mungkin akan ada nafsu untuk memenuhkan pinggan makan Maduners. Jadi, dengan pinggan yang bersaiz sederhana atau kecil lebih baik.

6. Kunyah Makanan

via Giphy

Ambil masa yang lebih lama untuk Maduners kunyah makanan. Perkara ini akan bantu Maduners untuk rasa lebih kenyang dengan cepat berbanding apabila makan dengan laju yang mana boleh menyebabkan gastrik.

7. Minum Air Kosong

via Giphy

Rahsia yang selalu diambil mudah oleh orang ramai iaitu minum air kosong secukupnya untuk sentiasa kekal berhidrasi.

 

Minum air kosong dengan kerap akan membantu Maduners untuk menyeimbangkan kadar gula dan membantu kulit untuk menjadi lebih sihat.

Post a Comment