Petua Untuk Bahan Segar Tahan Lebih Lama – Manis Madu

Petua Untuk Bahan Segar Tahan Lebih Lama

Perintah Kawalan Pergerakan ini mesti Maduners bimbang kerana harus sentiasa keluar ke kedai runcit untuk membeli barang keperluan masak harian.

 

Jadi, Madu nak tolong Maduners dengan tips yang dikongsi oleh @anasulianna menerusi laman media sosial Twitter tentang cara untuk memastikan bahan segar kita tahan dengan lebih lama!

Sumber Gambar: @anasulianna

1. Bahagikan protein kepada bahagian lebih kecil dan masukkan ke dalam beg ziplock.

Perkara ini akan membantu Maduners supaya tidak membazir dan terlebih guna protein dalam masakan kerana sudah bahagikan protein kepada bahagian lebih kecil.

 

Kalau Maduners buat potongan lebih kecil kepada protein juga akan bantu protein defrost lebih cepat.

2. Letakkan sayur-sayuran dalam beg ziplock atau bekas kedap udara berlapik dengan tisu

Susah nak dapat petua yang membantu untuk sayur kekal segar bukan? Jangan risau, Maduners boleh cuba petua ini, sesuai untuk sayuran terutamanya sayur seperti cili.

 

Kalau ikut petua yang dikongsi oleh @anasulianna ini, sayur-sayuran yang disimpan oleh Maduners mengikut kaedah ini boleh kekal segar sehingga lebih daripada 10 hari.

3. Simpan daun herba di bahagian sejuk beku

Madu tahu mesti Maduners macam terkejut dengan petua yang ketiga ini, bunyi macam pelik tapi nampak macam menyakinkan.

 

Menurut @anasulianna, kalau simpan daun herba di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku boleh tahan lebih lama.

4. Simpan sayuran seperti lobak merah dan serai dalam balang berisi air

Antara petua yang Madu pun baru pertama kali dengar.

 

Kalau simpan sayur dalam balang berisi air akan bantu sayur untuk bertahan lebih lama, cuma Maduners kena tukar air seminggu sekali kalau ikut petua @anasulianna.

5. Balut sayuran seperti kobis dan brokoli menggunakan plastik

Ikut petua ini, sayur seperti kobis dan brokoli boleh bertahan sehingga sebulan! Sentiasa balut sayur seperti kobis sebelum simpan dalam peti sejuk.

 

Menurut saranan oleh salah seorang pengguna Twitter yang lain, kalau ikut petua ini, sayur akan kekal segar dan rangup.

Post a Comment