Sangat Femes Dekat Sabah, Ini Dia Resipi Karipap Bihun
Hari tu Madu ada share post mengenai karipap bihun yang sangat terkenal dekat Sabah dan Sarawak, so Madu pun tanyalah kepada #TemanMadu kot-kot ada yang ada resipi macam mana nak buat karipap bihun ni.
Tada!! Terima kasih kepada saudari Noaira Abdill salah satu #TemanMadu yang telah memberi resipi karipap bihun ni ataupun dikenali sebagai pastel.
Jom kita sama-sama buat karipap bihun/pastel ni, resipi adalah seperti berikut.
tadi aku usha lah group Delivery makanan kat FB nak survey for berbuka, ada budak ni tanya ‘siapa ada jual Karipap inti Bihun’, ingatkan budak tu main-main, aku tak sangka ada rupanya Karipap Inti Bihun bila Google, dengar cite Karipap ni famous dekat Sabah & Sarawak. Betul ke ? pic.twitter.com/99Vcapnv9q
— ibcig 🌐 (@ibcig) April 28, 2020
Bahan-bahan: Kulit karipap
- Tepung ¾ dari satu paket
- Sedikit garam
- Minyak atau majerin
- Air
Cara-caranya:
1. Masukkan semua bahan dan uli sehingga tak melekat, kalau melekat gunakan sisa tepung tadi dan taburkan supaya uli tidak melekat.
2. Biarkan sekejap supaya adunan tadi akan bangkit sedikit.
Bahan-bahan: Inti
- Bihun
- Bawang merah & putih
- Minyak
- Kicap
- Perencah cukup rasa
Cara-caranya:
- Rendamkan bihun dengan air panas
- Panaskan minyak
- Goreng bawang merah & putih
- Masukkan bihun dan goreng
- Tuang kicap dan tambah perencah cukup rasa
- Sejukkan bihun yang sudah masak
- Buat adunan tadi dalam bentuk karipap dan masukkan bihun sebagai inti
- Goreng dan hidangkan
View this post on Instagram
Karipap ini sedap jika dimakan bersama air cili bawang putih atau kicap berlada.
Sumber Gambar: Rasa.my
Bahan-bahan : Air Cili Bawang Putih
1. Cili padi
2. Bawang putih
3. Garam
4. Perasa cukup rasa
5. Cuka
6. Air masak
Kisar semua bahan.
Apa lagi korang semua, selamat mencuba…
SEJARAH KARIPAP MIHUN/PASTEL
Disebabkan tempoh hari tular tentang kewujudan karipap mihun yang ramai orang Semenanjung, terutamanya di Pantai Barat tidak mengetahui kewujudan karipap ini, elok juga jika saya cerita sedikit latar belakang karipap ini. https://t.co/M0mkGjqWoG pic.twitter.com/f1fdpUTQxD
— Puan Eleena M. (@PopPelangi) October 27, 2019
View this post on Instagram