Mengamit Memori Betul! Siapa Dulu-Dulu Selalu Jadi Juara Permainan Galah Panjang? Ini Dia Permainan Legend Zaman 90-an! – Manis Madu
Permainan Legend Zaman 90-an

Mengamit Memori Betul! Siapa Dulu-Dulu Selalu Jadi Juara Permainan Galah Panjang? Ini Dia Permainan Legend Zaman 90-an!

Apabila dah semakin berumur ini, teringat zaman dahulu selalu main permainan pelik-pelik masa kecil.

 

Dulu masa muda, bolehlah nak melompat sana-sini. Sekarang ini, duduk sejam pun dah sakit belakang. Acano tu?

Sekarang jom kita tengok permainan yang memang daboom pada satu dahulu ataupun mana tahu ada permainan yang masih femes sekarang!

1. Lompat Tikus

Maduners ingat lagi ke permainan lompat tikus? Teringat dulu selalu main dengan sepupu semua di kampung, siapa badan ringan confirm senang sahaja nak menang sebab dapat lompat tinggi!

2. Batu Seremban

Sumber Gambar: sites.google.com

Batu seremban ini memang permainan kegemaran gegirls di sekolah dulu. Ada yang isi batu seremban dengan beras, biji sagu, pasir, dan macam-macam lagi! Kreatif sangat, demi permainan tergempak di sekolah, gituw.

3. Galah Panjang

Galah Panjang

Galah panjang memang best! Boleh tergolek-golek nak sentuh orang biar tak lepas sampai ke penghujung. Banyak kontroversi, mesti ada yang akan cakap “eh tak acilah!” atau “eh mana ada sentuh!”.

4. Police And Thief

Sumber Gambar: reszara.blogspot.com

Kalau main Police and Thief, Yaya mesti menangis kalau kena tangkap! Dahlah lari lambat, cengeng pula. Memang elok tangkap jer.

5. Konda-kondi

Permainan yang paling struggle sekali sebab kena gali lubang sebelum main. Konda-kondi harus dimain dengan bijak dan penuh dengan strategi berpasukan. Barulah menang!

Bila fikir semua permainan ini, bahagia betul rasanya hidup sebelum ada komitmen sendiri. Rindu!

Post a Comment